Ubi Kayu Goreng Cicah Sambal Bilis

Membesar di kampung bersama nenek tentulah sarapan pagi ala kampung yang selalu dimakan bersama keluarga. Hasil bercucuk tanam di sekitar keliling rumah dijadikan sumber makanan bagi orang dahulu. Syukur Alhamdulillah & indah pengalaman masa kecil lalu. Jadinya, bila teringin nak makan ala kampung macam ni, Yani akan pergi mencari di kedai yang menjual buah-buahan tempatan di Melaka ni dan beli sedikit ubi untuk dijadikan hidangan sarapan pagi bersama keluarga. Jom sediakan juadah ringkas ni.
Ubi Kayu Goreng Cicah Sambal Bilis
Membesar di kampung bersama nenek tentulah sarapan pagi ala kampung yang selalu dimakan bersama keluarga. Hasil bercucuk tanam di sekitar keliling rumah dijadikan sumber makanan bagi orang dahulu. Syukur Alhamdulillah & indah pengalaman masa kecil lalu. Jadinya, bila teringin nak makan ala kampung macam ni, Yani akan pergi mencari di kedai yang menjual buah-buahan tempatan di Melaka ni dan beli sedikit ubi untuk dijadikan hidangan sarapan pagi bersama keluarga. Jom sediakan juadah ringkas ni.
Cara Memasak
- 1
Ubi kayu yang telah dibuang kulit, dicuci bersih & ditoskan. Kemudian dipotong tidak terlalu nipis. Seterusnya gaul rata garam & serbuk kunyit melitupi permukaan ubi kayu tersebut.
- 2
Panaskan minyak & goreng ubi kayu sehingga masak kekuningan & angkat serta toskan minyak.
- 3
Ambil minyak menggoreng ubi kayu sebentar tadi & gorengkan pula ikan bilis sehingga garing. Kemudian tutup api memasak, ikan bilis yang siap digoreng ditoskan minyaknya.
- 4
Kisarkan cili kering yang telah direbus bersama bawang merah & bawang putih sehingga hancur. Kemudian panaskan minyak gorengan ikan bilis semula & tumis bahan yang telah dikisar sehingga pecah minyak.
- 5
Setelah bahan kisar pecah minyak, masukkan gula pasir, gula melaka & garam serta asam keping. Kacau perlahan sehingga gula hancur & sebati bersama bahan yang ditumis. Seterusnya masukkan ikan bilis goreng, kacau rata & tutup api memasak. Siap, boleh dihidangkan untuk makan sarapan bersama keluarga.🤗
Resipi Sepertinya
-
Ubi kayu rebus cicah sambal bilis Ubi kayu rebus cicah sambal bilis
#sarapanIni lah sarapan orang2 dulu.Nak makan nasi hari2 tak mampu nak beli beras.Jadi tanam ubi kat belakang rumah boleh di gali dan masak ubi tiap2 hari.Macam2 resepi boleh dibuat guna ubi kayu ni.Ada yang mkn dgn kelapa dan gula.Tapi saya suka cicah smbal 😋 Zieta Ali -
Ubi Kayu Rebus Cicah Sambal Tumis Bilis Ubi Kayu Rebus Cicah Sambal Tumis Bilis
Global Apron 2024 Challenge 10: KudapanTak pernah jemu makan ubi kayu rebus. Gandingkan bersama kelapa, ikan asin goreng, sambal belacan dan sambal tumis. Digoreng pun sedap. Hari ni buat yang mudah-mudah jer. Baru balik dari klinik teman si dara ambik cuti sakit sebab demam. Perut berkeroncong, tengahari tadi sempat makan sikit jer. Buat untuk kudapan minum petang.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Ikan bilis (2) + ubi kayu (2) Dapur Yusfarisyia -
Ubi Kayu Cicah Sambal Bilis Tempeh Ubi Kayu Cicah Sambal Bilis Tempeh
Benda ni paling berhantu. Tahu-tahu je dah habis sebalang. Sesuai jugak dijadikan lauk.ikan bilis (2 point)kentang (1 point)tempe (2 point)Ubi kayu (2 point)7 points#GlobalApron2024 #challenge10 #kudapan Nihadriz Niha -
Ubi Kayu Goreng Ubi Kayu Goreng
145/2022/RoadtoWorldRecipes/1263Resipi ni biras hakak yang ajar. Semasa balik kampung di Kedah 3minggu sudah suami hakak tuai hasil ubi kayu kat kampung. Banyak juga. Jadi biras hakak ni buatkan ubi kayu goreng untuk kami. Ajer senang bahannya. Sat je masaknya pun. Tu bila balik je rumah, ada sedikit ubi kayu yang kami bawak balik. Terus hakak dan suami cuba masak sendiri. Sedap sangat dan yang paling penting memang ringkas je kaedahnya. Hakak suka tau sebab senang & jimat masa 😊. Sekali rasa macam sukun goreng pun ye juga 😋 Salina Jalaludin -
Lepat Ubi Kayu Lepat Ubi Kayu
#cookpadworlddessertSaya memang penggemar kuih tradisional. Lagi-lagi kuih lama. Nak pula kuih yang terhasil dari ubi kayu. Saya ni adalah ubi kayu lover !!!Selalunya, kalau ada kenduri atau majlis keramaian orang Melayu, pasti ada kuih muih untuk dijadikan pencuci mulut. Lepat Ubi kayu adalah salah satu pencuci mulut yang popular dikalangan kaum Melayu. Tapi jangan salah sangka ya!! Orang Cina ataupun kaum Baba Nyonya pun expert bab-bab kuih seperti ini. Nampak tak kuih muih ini sangat terkenal Malaysia? Ala-ala kuih majmuk gitu.Kalau di Subang Jaya, nak mencari jualan kuih tradisional seperti ini memang susah. Kalau ada pun nasib-nasib la. Selalu terjumpa yang keras berdengkang. Ibarat selipar getah yang boleh dilipat-lipat. Kalau duduk di kampung, kuih ini memang senang nak cari. Biasanya orang kampung memang handal buat kuih muih yang tak telan dek zaman.Nak puaskan hati dan tekak saya yang cerewet ni, biar saya buat sendiri saja lah. Tak perlu nak renyah-renyah. Saya buat dengan cara saya sendiri tapi hasilnya... Wow !!! Lembut dan kenyal.Asalkan ada kemahuan dan usaha, pasti menjadi.Selamat mencuba Gyna Elenna -
Ubi Kayu Rebus Ubi Kayu Rebus
#goldenapron2020Resepi ala kampung yang sangat mudah disediakan. Rose Nani Nizah Nayan -
Cucur Udang Cucur Udang
Challenge 9 = FAM FAVE #GlobalApron2024Hidangan minum petang atau malam dalam keluarga Yani ialah cucur atau kita panggil jemput-jemput. Bahan-bahan yang pelbagai. Kadang-kala sekadar ikan bilis & bawang. Ada juga kalau ada kentang, lobak merah akan dicampurkan sekali. Makan selepas digoreng bersama teh O atau kopi O memang asyikkk...Ok, untuk kali ini Yani kongsikan resipi Cucur udang. Bahan yang Yani pilih untuk cabaran kali ini ialah = kunyit, tepung gandum dan udang. Nur Azliani Amer -
Ubi Kayu Rebus Ubi Kayu Rebus
#sarapan#goldenapron#minggu14Ubi ni dari hasil titik peluh sendiri. Berbudi pada tanah dapat lah hasilnya. Duduk kawasan kampong, senang laa bercucuk tanam Netie Rose Oven -
Cucur Bawang & Bilis Kembong Cucur Bawang & Bilis Kembong
#sarapanSalah satu hidangan kegemaran encik suami yang juga sama kegemaran dengan ayah Yani. Dari umur belasan tahun lagi Yani da belajar bancuh tepung untuk cucur bawang & Bilis ni. Sebab ayah Yani memang suka makan cucur samada sebagai sarapan, minum petang atau supper. Teringat-ingat kenangan ayah mengusik Arwah Mak dulu : "Ton, periuk da bocor tu, cuba awak pegi cek kejap." Tulah hint Ayah akan bagi pada Arwah Mak untuk minta gorengkan cucur bawang & bilis dan kemudian minum bersama dengan Teh O panas. Lepas Arwah mak pergi...Hint tu upgrade sikit, ayah beli tepung, susu, ikan bilis & bagi plastik kt tangan salah sorang anak yang dia nak minta gorengkan cucur...🤣🤣🤣Kalau tak faham juga memanglah kena sound lepas tu..🤣🤣 Kemudian dapat suami pula yang suka cucur bawang & bilis...senyum ajelah... Kadangkala en.suami yang bancuh & gorengkan serta hidangkan bersama Teh O pula..wow syoklah! Hihi..da panjang pula cerita..Jom buat Cucur Bawang & Bilis Kembong style Yani.😁 Nur Azliani Amer -
Ubi Kayu Goreng Ubi Kayu Goreng
Jiwa Merdeka 🇲🇾#MerdekaMonth#AugustChallengeTeringat kembali ke zaman nenek moyang kita hidup sebelum merdeka dahulu, mereka makan apa sahaja tumbuhan yang tumbuh di tepi rumah mereka atau di sekitar kampung. Antara tumbuhan nya ialah ubi kayu. Ubi kayu sedap direbus, digoreng, dibakar begitu sahaja malah dapat diolah pelbagai cara jika rajin mengerjakan nya. Kita buat cara yang paling senang jer ia itu dengan menggoreng sahaja. Sedap woo.. dimakan panas-panas, rangup di luar empuk di dalam. Dapur Yusfarisyia -
Ubi Kayu Sira Gula Ubi Kayu Sira Gula
Terkenang Semasa Dulu 🕰️Alhamdulillah...walaupun menu ini boleh dikatakan menu rare dan legend tapi tetap menjadi satu menu yang menjadi rebutan dalam family akk...walaupun anak2 kami membesar dengan peredaran masa dan arus kemodenan tapi menu2 orang lama tetap tidak dilupakan...salah satu menu keluarga kami dari dulu2...sebelah family akk atau pun sebelah keluarga suami memang tidak jauh bezanya sebab kami memang berjiran dan dalam satu daerah yang sama...jadi setiap menu mesti ada moment yang indah...Ubi kayu rebus ini memang menjadi kesukaan Mil dan kebetulan dalam taman akk ada orang open oder...terus akk oder 2 kilo...ngam mertua datang rumah akk hidangkan ubi kayu rebus kesukaan dia...bukan main happy dia dapat ubi kayu rebus...siap puji bagai...padahal sama jer macam dia rebus cuma kebetulan akk dapat ubi yang fresh dan cantik tidak banyak urat empuk elok.❤️🤲 Ajom tengok cara akk menyediakan ubi kayu rebus ini...mungkin nampak sama tapi cara berbeza kannn...😍😘#terkenangsemasadulu Aza Aaj -
Bendi Goreng Bendi Goreng
#goldenapron2020 #minggu13Menu ringkas dan cepat dimasak. Setiap hari jika masak nasi putih, ada 1 lauk samada hidangan ayam atau ikan mesti ada juga 1 hidangan sayur yang Yani akan masak. Kali ini Yani kongsikan resipi Bendi goreng cara Yani yang sesuai dimakan oleh orang dewasa mahupun kanak-kanak sebab ia tidak pedas. Nur Azliani Amer
Lebih Banyak Resipi
Komen