Biskut Sarang Semut Cheese!

@Nana Sabrina Sarsan
@Nana Sabrina Sarsan @Nana_cookpader
Singapore

#goldenapron2020 #minggu7
Sesiapa yang tak pernah buat kuih Raya tu, dan baru nak cuba buat, apa kata cuba resepi saya ni, in shaa allah menjadi, sebab saya sertakan sukatan yang betul, kuih pula mudah,bahan-bahan pun ringkas saja, paling best biskut ni sangat sedap nak buat pun mudah,tapi saya modenkan sikit biskut ni, saya tambah cream cheese dalam adunan, jom intai Biskut Raya saya🤩🙈

Biskut Sarang Semut Cheese!

#goldenapron2020 #minggu7
Sesiapa yang tak pernah buat kuih Raya tu, dan baru nak cuba buat, apa kata cuba resepi saya ni, in shaa allah menjadi, sebab saya sertakan sukatan yang betul, kuih pula mudah,bahan-bahan pun ringkas saja, paling best biskut ni sangat sedap nak buat pun mudah,tapi saya modenkan sikit biskut ni, saya tambah cream cheese dalam adunan, jom intai Biskut Raya saya🤩🙈

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 250 gmMentega
  2. 100 gmgula halus
  3. 250 gmtepung gandum
  4. 100 gmtepung kastard
  5. 100 gmtepung jagung
  6. 2 sudu makanSusu tepung (apa-apa jenama pun bole)
  7. 1biji kuning telur
  8. 1 sudu tehesen vanilla
  9. 1/2 sudu tehpewarna kuning
  10. 2 sudu makancream cheese (tak letak pun bole)
  11. Bahan hiasan
  12. Coklat manik (choclate Rice)
  13. Mangkuk kertas (paper cup)
  14. Manik gula warna warni

Cara Memasak

  1. 1

    Satukan butter,gula,kuning telur, esen vanilla dan pewarna kuning, dan cream cheese pukul hingga sebati.

  2. 2

    Masukkan tepung dan susu gaul rata,kemudian balut dengan aluminium foil atau plastik, sejukkan dalam peti sejuk selama 1 jam.

  3. 3

    Keluarkan adunan dari peti sejuk, kemudian parut, masukkan dalam cawan kertas saiz kecil, kemudian tabur manik gula bewarna warni.

  4. 4

    Bakar pada suhu 180° selama 20 minit, oven saya 40L saiz bezar, so saya bakar pada suhu 150° selama 20minit, bila biskut sudah masak, sejukkan terlebih dahulu baru masukkan dalam balang, siap👍😋

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
@Nana Sabrina Sarsan
@Nana Sabrina Sarsan @Nana_cookpader
pada
Singapore
Phonetography📳💖phoperz exbatch16💖saya suka semua jenis masakan😍
Baca lagi

Komen

Sylvia Yaya
Sylvia Yaya @yaya_1990
maaf kalau tanya api pakai atas bawah ke atau api bawah sahaja

Resipi Sepertinya