Jeruk Kulit Cempedak (Mandai) Goreng

Zareena Shahmarudin
Zareena Shahmarudin @InaShahmarudin
Shah Alam Selangor

#goldenapron2020 #minggu27

Resipi ini saya pelajari daripada bonda mertua saya yang berketurunan Melayu Banjar di Batu Pahat Johor. Kali pertama makan ni apabila bonda mertua hidangkan terus ku jatuh hati dengan rasanya yang sedap dan pasti tak cukup sepinggan nasi.
Selamat mencuba.

Jeruk Kulit Cempedak (Mandai) Goreng

#goldenapron2020 #minggu27

Resipi ini saya pelajari daripada bonda mertua saya yang berketurunan Melayu Banjar di Batu Pahat Johor. Kali pertama makan ni apabila bonda mertua hidangkan terus ku jatuh hati dengan rasanya yang sedap dan pasti tak cukup sepinggan nasi.
Selamat mencuba.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30min
2 orang
  1. Bahan untuk menjeruk mandai
  2. 1biji buah cempedak bersaiz kecil atau sederhana (dlm 1kg)
  3. 10 cawan(anggaran) air masak
  4. 5sudu besar garam halus (anggaran)
  5. Bahan untuk menggoreng mandai
  6. 1 cawanmandai,dihiris nipis
  7. 1biji bawang besar,dihiris
  8. 5biji cili padi,dihiris
  9. 1genggam ikan bilis, dibuang perut dan dibersihkan
  10. 1 cawanminyak masak

Cara Memasak

30min
  1. 1

    CARA UNTUK MENJERUK MANDAI = Buah cempedak dibelah,keluarkan isinya. Ketepikan isinya kerana kita tidak akan menggunakan isi ini di dalam proses menjeruk mandai.

  2. 2

    Kupas keseluruhan kulit cempedak tadi hingga tinggal bahagian putihnya. Potong kecil kulit putih/berjerami tadi dalam ukuran 5-7cm panjang. Ukuran adalah anggaran sahaja bagi memudahkan kita masukkan ke dalam balang untuk dijerukkan. Cuci kulit putih/berjerami ini dan toskan.

  3. 3

    Tuangkan air ke dalam balang yang bersesuaian saiz. Masukkan garam. Kacau dan larutkan garam ini. Masukkan kulit putih ini ke dalam larutan air garam. Saya gunakan garam bukit Himalaya. Pastikan kesemua kulit putih ini tenggelam dalam larutan ini. Tutup balang dan biarkan pada suhu bilik selama seminggu untuk dijadikan jeruk.

  4. 4

    UNTUK MEMASAK MANDAI = Keluarkan secukupnya jeruk mandai tadi dan bersihkan serta ditoskan. Hiris nipis.

  5. 5

    Panaskan minyak masak, masukkan jeruk mandai. Goreng hingga separa garing,kemudian masukkan bawang,goreng hingga bawang separa garing. Akhir sekali masukkan ikan bilis dan cili padi. Goreng hingga ikan bilis garing. Siap.

  6. 6

    Jika anda suka, boleh juga gorengkan secara berasingan setiap bahan. Setelah itu baru dicampurkan kesemuanya.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Zareena Shahmarudin
Zareena Shahmarudin @InaShahmarudin
pada
Shah Alam Selangor
Minat memasak
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya