Green Peas Cheese Tart

Ain Mohd Kitchen
Ain Mohd Kitchen @AinMemasakNo1
Pulau Pinang, Malaysia

Seumur hidup tak pernah buat shell tart, pun tak pernah buat cheese tart 😂. Nak makan beli je 😅. Sebabnya hakak ni bukanlah penggemar cheese, tak dek pun tak pe hehheh.

Tapi dek sebab ada challenge gini, kita cuba la dari A-Z.

Shell tart ni hakak ada follow @Sirap_Cheese cookpaders juga 🤩, cumanya ejas sukatan tepung n bahan2 tambahan hehehh. Sbb buat kuantiti sikit aje 🤭.

Tak sangka plak, anak2 suka rasa kacang peas ni 😍. Makan shell nya shj pun sedap, rasa biskut kata mereka 🤩.

Next time nak buat lg, n snap gambar helok sikit. Hari dah nak maghrib baru nak siap amek gambo kome oi. So, kualiti gambo nan hado je nengoknya huhuhu.

Appun, jom kita mengetart kome ✌🏻😻.

Green Peas Cheese Tart

Seumur hidup tak pernah buat shell tart, pun tak pernah buat cheese tart 😂. Nak makan beli je 😅. Sebabnya hakak ni bukanlah penggemar cheese, tak dek pun tak pe hehheh.

Tapi dek sebab ada challenge gini, kita cuba la dari A-Z.

Shell tart ni hakak ada follow @Sirap_Cheese cookpaders juga 🤩, cumanya ejas sukatan tepung n bahan2 tambahan hehehh. Sbb buat kuantiti sikit aje 🤭.

Tak sangka plak, anak2 suka rasa kacang peas ni 😍. Makan shell nya shj pun sedap, rasa biskut kata mereka 🤩.

Next time nak buat lg, n snap gambar helok sikit. Hari dah nak maghrib baru nak siap amek gambo kome oi. So, kualiti gambo nan hado je nengoknya huhuhu.

Appun, jom kita mengetart kome ✌🏻😻.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

2jam 30minit
40-50 biji tart
  1. Bahan A (Shell Tart)
  2. 1 1/2 cawantepung gandum (ayak)
  3. 100 gbuttercup
  4. 1/2 cawangula castor
  5. 1biji telur
  6. 1/2sudu kecil esen vanila
  7. 1/4 cawanserbuk kacang peas
  8. Bahan B (Cream Cheese)
  9. 1/2 cawanfresh cream (jenama vivo) kalau takdek boleh ganti dengan whiping cream dan tambah 1 sudu gula castor
  10. 100 gcream cheese tatura
  11. 2sudu susu pekat
  12. 3sudu serbuk kacang peas

Cara Memasak

2jam 30minit
  1. 1

    Mula-mula, gaulkan gula, buttercup dan serbuk kacang peas shg sebati. Dah ok, masukkan telur dan esen vanila. Gaul sebati.

  2. 2

    Masukkan tepung (sy masukkan sikit garam dan pewarna hijau) kemudian gaul sebati, dan jadikan doh. Kalau doh masih belum bercantum, masukkan sikit lg butter. Dan uli sekejap sehingga jadi doh sempurna.

  3. 3

    Kemudian, masukkan ke dalam acuan shell tart. Utk bahagian tengah, akk tekan menggunakan penutup botol kecil, dan tekan dibahagian tengah sehingga jadi lubang gitu. Boleh perkemaskan dgn pisau bahagian lebihan tepi2 tu. Bakar dalam suhu 170c selama 15mnt. Kalau nak rangup, blh bakar hg 20mnt. Nak makan shell tart shj pun dah sedap, rasa mcm biskut heheheh.

  4. 4

    Seterusnya, dlm bekas lain, mix fresh cream sehingga kental. Rasa dia sedap dan lemak.

  5. 5

    Dalam bekas lain juga, satukan cream cheese dan susu. Mix sehingga sebati, kemudian masukkan serbuk kacang peas dan gaul lagi. Akhir sekali, satukan fresh cream kental td, dengan cream cheese, gaul sebati.

  6. 6

    Akk masukkan sedikit pewarna hijau. Kemudian, masukkan cream cheese ke dlm piping beg, muncung piping beg akk letak nozel lubang besar. Dan picit perlahan sehingga kuantiti yg diinginkan. Jika bertanduk, ambil sedikit air dgn jari, dan sapukan perlahan sekitar muncung cream yg bertanduk supaya lebih rata dan bulat elok. Blh bakar lagi selama 7 mnt dlm suhu 170c. Tak sempat masuk peti sejuk, anak dah habiskan semua yg berkrim. Sedap kata mereka hehhe. Selamat mencuba 🥰.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Ain Mohd Kitchen
Ain Mohd Kitchen @AinMemasakNo1
pada
Pulau Pinang, Malaysia
Suka masak 👩🏻‍🍳.Saja nak berkongsi resipi yang sudah dimasak 😍.Suka gambar cantik-cantik walaupun gambar sendiri tak cantik 🥴😅📸.Suka berkawan dengan ahli cookpad yang lain dan sesiapa sahaja yang sudi🥰.Selamat Datang ke ‘Ain Mohd Kitchen’🙋🏻‍♀️.Terima kasih kerana sudi mencuba resipi-resipi saya 😍💐.Jom kita masak ✌🏽🤩.
Baca lagi

Komen (25)

LATIPAH NAWAWI
LATIPAH NAWAWI @KakLat
Berkenan la warna hijaunya. Cantik dan nampak sedap Ain.😋😋😋

Resipi Sepertinya