Tart Nanas

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

#NakFreeEbookNastar
Buat nya sudah cuma belum ada kesempatan untuk menaip resipi, tangkap gambar pun cincai-cincai je.
Cooksnap daripada @airtangan_ummirizqi
Terima kasih Leen atas resipi yang mudah dan sedap.

Tart Nanas

#NakFreeEbookNastar
Buat nya sudah cuma belum ada kesempatan untuk menaip resipi, tangkap gambar pun cincai-cincai je.
Cooksnap daripada @airtangan_ummirizqi
Terima kasih Leen atas resipi yang mudah dan sedap.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 250 gmmentega (saya guna Buttercup)
  2. 2 cawantepung gandum
  3. 1 1/4 cawantepung jagung
  4. 1 1/2 cawantepung kastard
  5. 3/4 cawansusu pekat manis
  6. 1biji kuning telur
  7. > Jika nak versi gebu gebas Tambahkan 1 sudu besar minyak sapi <
  8. Inti
  9. Jem nanas secukup nya
  10. Bahan Untuk Disapu (Egg Wash)
  11. 2biji kuning telur
  12. Sedikitpewarna kuning
  13. Sedikitminyak masak

Cara Memasak

  1. 1

    Ayak tepung gandum, tepung jagung dan tepung kastard.

  2. 2

    Mentega, susu dan kuning telur di gaul sebati gunaKan spatula atau senduk kayu.
    kemudian masuk kan tiga jenis tepung tadi.

  3. 3

    Gaul dan uli dengan tangan secara lemah lembut jer hingga mendapat doh yang lembut tetapi tidak melekat di tangan. Sekiranya masih lembik atau melekit di tangan, boleh tambahkan tepung gandum sedikit demi sedikit. Gentel inti dan ketepikan.

  4. 4

    Kemudian tekan menguna kan acuan tart nenas yang disukai. Bunga ataupun gulung. Letak inti jem nanas dan gulung. Susun atur dalam dulang, sapukan kuning telur atas kuih tart dan bolehlah dibakar 25 minit suhu 165’c - bergantung kepada oven masing-masing (saya guna oven Elba)

  5. 5

    Setelah siap dibakar, sejukkan kemudian disusun dalam balang atau bekas kedap udara.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡“No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi

Komen (4)

Fht
Fht @cook_39771175
Nak tanye bahan untuk sapuan tu kenape letak minyak msak sis

Resipi Sepertinya