Popcorn Caramel Mushroom

perryna
perryna @Perryna
kuching, sarawak

haaa sempena chinese new year ni, macam biasa lerrr, Malay pon sibuk jugak nak cuti 🤭 kadang2 mengalahkan orang cina pulak dahh cuti kitorang hihi. Jadi, saya pulak secara tiba2 teringin nak buat popcorn. mesti ada yang tak tau ape mushroom popcorn. eh? knp nama dia ade mushroom ek? perisa cendawan ke? haaa.. kalau saya x beli, memang saya xtau la yang popcorn pon ade 'design' yang tersendiri. sebagai contoh mushroom ni laa. lah..tanpa membuang masa, jom kita start.

Popcorn Caramel Mushroom

4 orang bercadang membuatnya

haaa sempena chinese new year ni, macam biasa lerrr, Malay pon sibuk jugak nak cuti 🤭 kadang2 mengalahkan orang cina pulak dahh cuti kitorang hihi. Jadi, saya pulak secara tiba2 teringin nak buat popcorn. mesti ada yang tak tau ape mushroom popcorn. eh? knp nama dia ade mushroom ek? perisa cendawan ke? haaa.. kalau saya x beli, memang saya xtau la yang popcorn pon ade 'design' yang tersendiri. sebagai contoh mushroom ni laa. lah..tanpa membuang masa, jom kita start.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

45 minit
1-2 orang
  1. Bahagian A (Popcorn)
  2. 1/4 cawanpopcorn
  3. 2 sudu besarminyak masak
  4. 1 sudu besarmentega
  5. Bahagian B
  6. 1/2 cawan+ 1 sudu makan gula
  7. 1/4 cawanair
  8. 2 sudu besarmentega
  9. 1/4 sudu kecilbaking soda
  10. 1/4 sudu kecilgaram

Cara Memasak

45 minit
  1. 1

    Okay mula2, untuk bahagian A, panas kan minyak serta mentega dan masukkan bijian popkon tadi.

  2. 2

    Selepas itu, kacau sehingga popkon melompat, then baru kita tutup kan periuk. Pastikan korang menggoyangkan sedikit periuk tadi supaya bijian popkon masak dengan rata.

  3. 3

    Okay selepas popkon habis dimasak, letakkan ke dalam satu bekas dan biarkan sebentar.tadaaa. korang boleh tengok hasil daripada popkon yang melompat2 tadi

  4. 4

    Untuk bahagian B, kita mulakan dulu dengan memasukkan gula dan air ke dalam frying pan dan biar sehingga sedikit keperangan. jangan risau eh kalau ia tak perang sangat, sebab nanti kita masukkan mentega.

  5. 5

    Nota : Untuk Bahagian B, bagi saya adalah tugas yang agak mencabar dalam penyediaan popcorn sebab, caramel dia cepat hangus. Untuk mengelakkan berlakunya caramel hangus, korang perlu berhati2 pada langkah yang ke 4 tadi.

  6. 6

    Yang mana, selepas korang masukkan mentega. biarkan ia menghasilkan warna 'nude' dan tidak terlalu coklat sebelum korang memasukkan baking soda. sebab baking soda ni mempercepatkan proses 'penghangusan' caramel tadi. so, sebelum perkara tersebut terjadi, terus tutup api dapur tu cepat2

  7. 7

    Sis belajar dari kesilapan. hihi.. so ni laa hasil dia. warna dan rasa nampak gelap & hangus sedikit hmm. Learn from mistake la katakan 🙃 tapi, masih enak untuk dimakan! 😋 Next time sis buat lagi, sis share kat bawah ekk.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
perryna
perryna @Perryna
pada
kuching, sarawak
saya mengongsikan resepi kepada anda yang baru melibatkan diri dalam bidang masakan, sama seperti saya. iaitu dengan cara yang mudah dan simple 😉
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya