Cendol homemade

Azizah Mansor
Azizah Mansor @bunga_lawang87
Bintangor, Sarawak.

Sebelum ni pernah la beberapa kali cuba buat cendol guna tepung beras tapi hasil tak berapa memuaskan. Kali ni cuba resepi dari YouTube, guna tepung jagung dan tepung ubi jer, cantik kejadiannya. Memang puas hati.

Cendol homemade

Sebelum ni pernah la beberapa kali cuba buat cendol guna tepung beras tapi hasil tak berapa memuaskan. Kali ni cuba resepi dari YouTube, guna tepung jagung dan tepung ubi jer, cantik kejadiannya. Memang puas hati.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 40 gmtepung jagung
  2. 40 gmtepung ubi
  3. 450 mlair
  4. 5 helaidaun pandan (kisar guna air 👆)
  5. 1/2 sudu tehgaram
  6. Sedikitpewarna hijau

Cara Memasak

  1. 1

    Blend daun pandan dan tapis. Kemudian bilas bersih blender, masukkan air dan jus pandan hingga menjadi sebanyak 450ml. Masukkan juga semua bahan-bahan lain. Kisar sebati.

  2. 2

    Tuang ke dalam kuali/periuk. Masak dengan api perlahan.

  3. 3

    Sentiasa kacau sehingga adunan pekat berkilat seakan-akan berminyak dan tepi-tepi kuali berkerak, tutup api.

  4. 4

    Sediakan bekas yang berisi ais dan air, guna air masak yer. Masukkan adunan cendol ke dalam piping bag/plastik yang sesuai.

  5. 5

    Kemudian potong hujung piping bag dan picit. Dah siap boleh simpan ke dalam peti sejuk.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Azizah Mansor
Azizah Mansor @bunga_lawang87
pada
Bintangor, Sarawak.
🌼Mak anak 3.🌼Suka mencuba pelbagai resepi.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya