Cireng Nasi (Leftover nasi)

Resipi dalam draf juga.
#mottainai
Sayang bila tengok ada lebihan nasi di dalam periuk, baik dimanfaatkan. Terus teringin nak makan cireng nasi. Patut la selalu tengok kat MedSos/SocMed ramai yang buat cireng, rupa nya sedap. Bagi saya ianya sedap dimakan ketika masih panas. Suami pun kata sedap. Sos nya saya tak masak tapi kalau nak masak pun boleh ikut selera masing-masing.
Cireng Nasi (Leftover nasi)
Resipi dalam draf juga.
#mottainai
Sayang bila tengok ada lebihan nasi di dalam periuk, baik dimanfaatkan. Terus teringin nak makan cireng nasi. Patut la selalu tengok kat MedSos/SocMed ramai yang buat cireng, rupa nya sedap. Bagi saya ianya sedap dimakan ketika masih panas. Suami pun kata sedap. Sos nya saya tak masak tapi kalau nak masak pun boleh ikut selera masing-masing.
Cara Memasak
- 1
Tumbuk bawang putih, ketepikan. Kisar nasi sejuk dengan menambah 1-2± sudu besar air (peringkat demi peringkat supaya tak menggunak banyak air) hingga lumat.
- 2
Satukan nasi tadi bersama basang puti, tepung ubi, cili padi, daun bawang dan Maggi Cukup Rasa, gaul rata. Tekstur memang melekit tetapi boleh dikepal.
- 3
Panaskan minyak masak. Sudukan adunan nasi sesudu ke dalam ekstra tepung ubi dan salut, pipihkan. Buat hingga habis dan goreng hingga terapung dan rangup di luar nya. Angkat dan toskan.
- 4
Untuk sos cili bawang putih, tumbuk bersama cili padi dan bawang putih. Masukkan sedikit gula, garam, jus limau dan sedikit air panas. Adjust rasa mengikut sesuai selera.
- 5
Boleh lah dinikmati bersama sos bawang putih. Sedap woo.. Kenyal-kenyal di dalam, rangup di luar.
Carian Teratas bagi
Resipi Sepertinya
-
Cireng Nasi Cireng Nasi
Six For Sixth! 🥳 6⃣ 🎉Cookpad Malaysia turns 6 🥳🎉#AnniversaryMonth#6BahanCookpad's Malaysia 6th Anniversary 🥳 🧡Cooksnap resipi Cireng Nasi (Leftover Nasi) @gula_apong (diri sendiri 🤭), resipi mottainai. Resipi 6 bahan TIDAK TERMASUK air biasa, minyak masak, MSG, garam dan gula.Saya olah sedikit di mana saya tidak mencampurkan hirisan cili ke dalam adunan cireng. Bagi saya cukup lah memadai rasa pedas apabila mencicah ke dalam sos cili bawang putih. Dan sos cili bawang putih nya kali ini saya masak sekejap di atas dapur. Dapur Yusfarisyia -
Bubur Nasi Ala McD Bubur Nasi Ala McD
Resipi dalam draf juga.Ikut suka nak bubur nasi tu pekat atau cair, beras nya hancur atau nampak masih rupa nasi, ikut sesuai selera masing-masing. Macam kami ni suka bubur yang tak terlalu pekat dan suka beras nya masih nampak rupa nasi tetapi tekstur yang lebih lembut dari nasi. Nak tambah lobak merah pun boleh. Dapur Yusfarisyia -
Cekodok Nasi Cekodok Nasi
Six For Sixth! 🥳6⃣🎉Cookpad Malaysia turns 6 🎉🥳#AnniversaryMonth#6BahanCookpad's Malaysia 6th Anniversary 🥳🧡Cooksnap 6 bahan TIDAK TERMASUK Air biasa, Minyak masak, MSG, biasa, Garam dan Gula.Tekak teringin nak makan cekodok nasi. Duduk berdua dengan encik suami selalu jer tak habis nasi yang dimasak. Sayang membazir lebih baik dimanfaatkan dijadikan cekodok. Resipi mottainai juga.Cooksnap daripada @rag_6827 sedap sangat dimakan ketika panas-panas, rangup di luar lembut di dalam. Dapur Yusfarisyia -
Sambal Machang Sambal Machang
Resipi dalam draf juga.Buah machang ni disedekah jiran belakang rumah kami. Saya ni kalau buah machang, memang automatik mood "m" datang melekat kat kedua belah tangan ni. Tak suka nak kupas kulit nya lagi-lagi buah yang dah masak ranum. Sebenar nya saya nak sedekahkan balik kat kakak saya kerana kakak saya rajin kalau buat sambal daripada apa jua jenis buah asam (panggilan kami di Sarawak) tapi tak jadi kerana suami saya nak makan dibuat sambal. "Hmm... Kerana mu wahai imam ku, ku gagahkan jua jari jemari ku untuk mengupas kulit buah machang hingga ke proses seterus dan akhir nya, dapat jugak imam ku makan." 🤭 Siap puji kata "sedap nya, tadi tengok ayang kupas kulit buah machang tu, terus wangi semerbak menusuk ke hidung dan terus kecur liur 🤤 dibuat nya." Adehhh.. Bersemut 🐜🐜🐜 lah pulak. 🤣Cooksnap daripada adik @MaMaKitchen08 Dapur Yusfarisyia -
Wrap Mudah Ayam Leftover Wrap Mudah Ayam Leftover
Resipi dalam draf juga.Hari ni terasa letih sangat nak masak. Awal-awal dah bagitau kat suami dan suami saya pun memahami kesihatan saya. Kadang dia yang tolong masak jika saya kurang sihat. Dalam pada yang sama kesian kat anak dara saya tiba-tiba dapat panggilan dari rakan sekerja yang meminta pertolongan untuk menukar shift kerja dengan nya. Jika diikutkan anak saya cuti dan rakan nya ada hal kecemasan yang tak dapat nak dielakkan. Kelam-kabut nak buat bekal untuk dia. Tengok dalam peti sejuk ada lebihan ayam goreng crispy, tapi nasi pulak habis dan belum dimasak. Terus teringat masih ada roti tortilla. Buat wrap mudah jer untuk dia.#mottainai Dapur Yusfarisyia -
Telur Rebus Air Asam Telur Rebus Air Asam
New Year New MenuSelamat Tahun Baru 2024 buat semua Cookpaders sedunia. Semoga tahun baru ini membawa sinar bahagia untuk kita semua. 🤲Lama dah tak buat menu telur rebus air asam ni. Encik suami yang request nak makan. Pernah buat dulu tapi suami saya sempat merasa sikit jer sebab waktu tu dia terlupa nak makan yang bahagian untuk dia yang saya simpan di dalam peti sejuk. Saya ingatkan dia tak nak makan, jadi saya bagi jer kat anak dara saya, maklum la anak dara saya tu memang hantu telur. Tengah anak dara saya makan, si papa dia tegur apa yang anak nya tengah makan tu, anak saya pun bagitau la telur rebus air asam yang ditinggalkan untuk papa yang papa tak makan tu. La.. Rupa nya suami saya tak ingat dan terus merasa sedikit sebab takut kempunan. Sedap kata nya. Benda dah sikit sebab dah dimakan anak nya baru tau sedap. Menyesal lattew. 😅Saya buat tak berapa pedas sebab suami saya tak tahan pedas sangat.Inspirasi daripada adik @shikin_saerah Dapur Yusfarisyia -
Teh Sunquick Teh Sunquick
Resipi dalam draf juga.Terasa nak minum ice lemon tea tapi lemon nya takde. Kita ganti dengan oren sunquick jer la. Slurppp lega. Dapur Yusfarisyia -
Kaki Ayam Masak Kicap Pedas Kering Kaki Ayam Masak Kicap Pedas Kering
Resipi dalam draf juga.Selain dibuat sup, dibuat kerabu, digoreng garing kaki ayam, saya juga suka dibuat masak kicap kering. Biasa nya saya ratah jer. Dapur Yusfarisyia -
Ubi Kayu Rebus Goreng Ubi Kayu Rebus Goreng
#MottainaiUbi kayu rebus masih berbaki di dalam peti sejuk. Sayang pulak nak dibuang. Banyak resipi yang boleh dibuat dengan ubi rebus ni contoh kuih getuk ubi, bebola ubi cheese, kerepek ubi rebus, nugget ubi dan sebagai nya. Cuma tinggal rajin atau malas jer.Hari ni mood kurang rajin, sebab sayang tak nak membazir dan tak nak peti sejuk penuh hingga tak cukup ruang untuk simpan makanan, saya goreng jer. Alhamdulillah licin 😊 Dapur Yusfarisyia -
Sayur Paku Uban Tumis Belacan Sayur Paku Uban Tumis Belacan
Resipi dalam draf juga.Sayur paku uban ni sejenis paku pakis. Kalau di tempat saya (Sarawak) dipanggil paku uban tapi tak tau la kalau kat tempat lain panggil sayur apa. Cara nak kenal nya pun tak susah, ada putih-putih yang menyelaputi luaran bahagian nya, berwarna kehijauan, saiz ada yang kecil yang baru nak membesar. Kalau membesar takde lah terlalu besar sehingga hampir sebesar telapak tangan, saiz nya sedang-sedang jer. Pokok nya lurus menegak dengan setiap batang nya ada dedaun nya. Di hujung nya kelihatan seperti lingkaran dan ditutupi oleh dedaun nya.Sedap dibuat tumis belacan, dicelur untuk dibuat ulam, dibuat masak rebus serai dan sebagai nya. Dapur Yusfarisyia -
Kailan Sos Tiram Kailan Sos Tiram
Resipi dalam draf juga.Selongkar peti sejuk tengok sayur kailan dah berapa hari tak sempat dimasak gara-gara sibuk dengan majlis tahlil arwah m.i.l saya. Kebanyakan daun nya hampir rosak dan menguning, sayang dibuang kerana masih ada lagi bahagian nya yang masih dapat dimakan. Saya paling suka makan bahagian batang kailan kerana kerangupan nya. Masak campak-campak jer, perut dah lapar tak sempat nak snap gambar dalam pinggan. Dapur Yusfarisyia -
Nasi Ayam Mudah Seada Nya Nasi Ayam Mudah Seada Nya
Cookpad Apron 2025 : Week 7Cookpad Magic Cart Week 7 :-🛒 Ayam🛒 Kicap🛒 Beras🛒 CiliNi cerita bulan lepas. Anak bujang balik bercuti tiga minggu selalu nya dia lah yang tolong saya memasak di dapur tetapi hari tu dia sibuk membuat kerja dari rumah (WFH) apabila pegawai di tempat kerja nya menelefon disebabkan ramai pegawai yang lain masih bercuti raya. Tengok muka dia macam stress sebab tengah bercuti pun kena buat kerja juga. "Takpe lah nak, buat jer la. Yang lain tu semua dah berkeluarga mesti sibuk mengurus keluarga masing-masing. Nanti tiba giliran awak kahwin nanti, takde lah pegawai tu nak kacau lagi. " Itu kata saya kepada anak bujang saya. 😆 Dia pun senyum tanda tidak membantah, alhamdulillah dia memahami.Tiberrr dia bagitau "Mama! Aip tadi ingatkan nak masak nasi ayam simple jer tapi ni tengah ada kerja nak buat. Mama boleh tak tolong masak?"Saya pun kata "okay tapi guna bahan yang ada jer lah ye?"Sebenar nya ayam pun dah dipotong untuk dimasak kari tetapi terus cancel sebab nak masak nasi ayam. Bedal jer lah ayam yang telah dipotong tu untuk membuat nasi ayam 😅#CookpadApron2025#Week7#CA2025 Dapur Yusfarisyia
Lebih Banyak Resipi
Komen