👩‍🍳Apam Beras Merdeka

Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
Kuala Lumpur, Malaysia

Inspirasi Merdeka 🇲🇾

Inspirasi resipi ‘Apam Beras Merdeka’ oleh Aznie @Sirap_Cheese 🌹terima kasih. Ini adalah Resipi kedua Aznie yang saya cooksnap. Lama sungguh tak nampak Aznie di Cookpad… semasa saya mula berjinak dgn Cookpad beliaulah antara cookpader yg beri kata2 semangat utk memasak😍..

Nota masakan:
1. Sapu loyang dgn minyak masak supaya tak melekat.
2. Isi hanya separuh adunan kedalam acuan supaya tak kembang berlebihan.
3. Panaskan dulu air pengukus sehingga mendidih sebelum dimasukkan adunan
4. Alas bahagian atas kuih supaya wap air tak
menitis diatas kuih.

#InspirasiMerdeka

2544/3K
167/2025

👩‍🍳Apam Beras Merdeka

Inspirasi Merdeka 🇲🇾

Inspirasi resipi ‘Apam Beras Merdeka’ oleh Aznie @Sirap_Cheese 🌹terima kasih. Ini adalah Resipi kedua Aznie yang saya cooksnap. Lama sungguh tak nampak Aznie di Cookpad… semasa saya mula berjinak dgn Cookpad beliaulah antara cookpader yg beri kata2 semangat utk memasak😍..

Nota masakan:
1. Sapu loyang dgn minyak masak supaya tak melekat.
2. Isi hanya separuh adunan kedalam acuan supaya tak kembang berlebihan.
3. Panaskan dulu air pengukus sehingga mendidih sebelum dimasukkan adunan
4. Alas bahagian atas kuih supaya wap air tak
menitis diatas kuih.

#InspirasiMerdeka

2544/3K
167/2025

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam
6 orang
  1. 2 cawannasi sejuk
  2. 2 cawantepung beras
  3. 2 cawantepung gandum
  4. 1 1/4 cawangula pasir (boleh kurangkan kalau tak nak manis)
  5. 2 1/2 cawanair
  6. 1 styis kering
  7. pilihanpewarna
  8. Bahan Salutan Apam (gaul sekali & kukus 10 minit)
  9. 1/2 cawankelapa parut putih
  10. sedikitgaram

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    Sediakan bahan- bahan

    Masukkan nasi, gula dan air kedalam blender. Kisar halus.

    Dalam bekas/ mangkuk, masukkan tepung beras, tepung gandum juga yis. Gaul sebati.

  2. 2

    Kemudian, Tuangkan adunan nasi yang dikisar tadi kedalam campuran tepung. Gaul sebati sehingga mendapat adunan agak pekat.

    Perapkan selama 3 jam (adunan akan naik)

  3. 3

    Panaskan air periuk kukusan sehingga mendidih. Sementara itu sapukan loyang sesuai dengan sedikit minyak.

    Mulakan dengan tuang adunan warna asal(putih) kedalam bahagian yang hendak diwarnakan putih ikut warna bendera Malaysia. Setelah siap warna putih, ambil sedikit adunan warnakan dengan pewarna merah pula. Tuang adunan merah kedalam acuan. warna tak kan bercampur sebab adunan pekat. Seterusnya tuang untuk warna biru. Kukus selama 20 minit.

  4. 4

    Kukus selama 20-25 minit

  5. 5

    Angkat dan kukus pula sedikit adunan warna kuning selama 10 minit. Angkat.

  6. 6

    Perlahan-lahan keluarkan cutter dari loyang. kemudian susun kuih apam diatas papan kek. Kita tekap acuan bentuk bintang dan bulan sabit diatas apam warna kuning. Dan bubuh diatas apam warna biru untuk nampak seperti warna bendera.

  7. 7

    Sedia untuk dinikmati begitu sahaja atau cicah kelapa parut… atau cicah serikaya atau… kuah kari.

  8. 8

    Featured Recipe of The Week

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
pada
Kuala Lumpur, Malaysia
👩‍🍳 Cooking is an expression of love & creativity❤️🏠🍽 Join Cookpad since 7/6/2021❤️
Baca lagi

Komen (5)

Astuti
Astuti @as_arsyil23
raginya berapa bund? di bahan tidak ada tertulis

Resipi Sepertinya