👩‍🍳Apam Beras Sukatan Cawan

Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
Kuala Lumpur, Malaysia

Global Apron 2024 Challenge 16: Sukatan Cawan

Apam beras atau apam nasi.. menggunakan sukatan cawan untuk memudahkan kaum ibu yang tak gemar menyukat bahan masakan menggunakan sistem metrik🤗.

Sebenarnya sy lebih suka menggunakan sukatan sistem metrik😎

Yis(2 p)
Tepung beras(1 p)
Tepung gandum (R)
Total= 3 p✅

#GlobalApron2024 #Challenge16
#SukatanCawan
#YisTepungberasTepunggandum

2132/3K
276/2024

👩‍🍳Apam Beras Sukatan Cawan

6 orang bercadang membuatnya

Global Apron 2024 Challenge 16: Sukatan Cawan

Apam beras atau apam nasi.. menggunakan sukatan cawan untuk memudahkan kaum ibu yang tak gemar menyukat bahan masakan menggunakan sistem metrik🤗.

Sebenarnya sy lebih suka menggunakan sukatan sistem metrik😎

Yis(2 p)
Tepung beras(1 p)
Tepung gandum (R)
Total= 3 p✅

#GlobalApron2024 #Challenge16
#SukatanCawan
#YisTepungberasTepunggandum

2132/3K
276/2024

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam
10 orang
  1. 1 1/2 CawanAir
  2. 1 CawanNasi sejuk
  3. 3/4 CawanGula pasir
  4. 1 CawanTepung Beras*
  5. 1 CawanTepung Gandum*
  6. 1 stYis*
  7. Pewarna Makanan - hijau,merah jambu, kuning
  8. 1 cawanKelapa Parut
  9. 1/2 stGaram

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    Sediakan bahan2.

  2. 2

    Didalam mangkuk, ayak tepung beras* dan tepung gandum*. Masukkan yis*. Gaul rata.

  3. 3

    Didalam blender, masukkan air dan nasi sejuk. Kisar halus. Masukkan gula. Terus kisar.

  4. 4

    Masukkan bahan ayak kedalam blender dan terus kisar.
    Jika suka, boleh juga tuang bahan kisar blender kedalam mangkuk bahan kering tadi. Gaul rata.

  5. 5

    Kacau sebati semua bahan yang dicampur didalam satu mangkuk/bekas membentuk bancuhan.

    Tutup dengan pembalut plastik atau kain sesuai. Perap selama 3 jam/sehingga adunan naik/kembang. Ketepikan

  6. 6

    Sementara itu, sediakan kelapa parut ditambah sedikit garam. Boleh kukus sekejap(5 minit) supaya kelapa tahan lama.Atau pun Boleh juga gunakan microwave untuk panaskan kelapa parut.

    Selepas 3 jam:
    Bahagikan bancuhan kepada 3 bahagian. Warnakan kuning, hijau dan merah jambu. Gaul rata. Masukkan kedalam bekas bermuncung supaya senang dituang kedalam acuan kuih

    Sediakan periuk kukus dan acuan kuih.
    Sapu rata2 minyak pada acuan kuih.
    Tuang bancuhan 3/4 penuh acuan kuih.

  7. 7

    Apabila air kukus sudah mendidih, barulah masukkan kuih kedalam periuk kukus. Tutup penutup periuk kukus dengan kain sesuai.

    Guna api sederhana kukus selama 15 minit.
    Angkat dan ketepikan.

  8. 8

    Keluarkan dari acuan apabila sudah sejuk.

    Letak sedikit kelapa parut.

    Sedia untuk dihidangkan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
pada
Kuala Lumpur, Malaysia
👩‍🍳 Cooking is an expression of love & creativity❤️🏠🍽 Join Cookpad since 7/6/2021❤️
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya