Roti john mini#pinkboxcereal

Nanie Zawani Zaim
Nanie Zawani Zaim @cook_16549690

Terhasilnya roti john mini ni sebab anak buah suka sangat makan roti john.. tp biasanya kalau buat yg besar mesti dia tak habis.. jd sebagai seorang makyang yg penyayang... maka terhasil lah roti john mini.. #masakcarananie #pinkboxcereal #cook4shaf

Roti john mini#pinkboxcereal

6 orang bercadang membuatnya

Terhasilnya roti john mini ni sebab anak buah suka sangat makan roti john.. tp biasanya kalau buat yg besar mesti dia tak habis.. jd sebagai seorang makyang yg penyayang... maka terhasil lah roti john mini.. #masakcarananie #pinkboxcereal #cook4shaf

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

3 orang
  1. Bahan A
  2. 1. Bawang besar (1biji)
  3. 2. Bawang putih (5ulas)
  4. 3. Serbuk kari daging (4sudu besar)
  5. 4. Garam
  6. 5. Daging cincang
  7. 6. Telur (4biji)
  8. 7. Daun sup
  9. Bahan B
  10. 1. Roti bun mini
  11. 2. Mentega

Cara Memasak

  1. 1

    Bawang putih ditumbuk dan bawang besar di potong dadu

  2. 2

    Tumis bawang besar dan bawang putih bersama sedikit minyak sehingga naik bau

  3. 3

    Masukkan serbuk kari daging dan tambahkan sedikit air. Masak sehingga pecah minyak

  4. 4

    Masukkan daging cincang dan tambahkan sedikit air. Masak sehingga kering dan pecah minyak kemudian tambahkan garam.

  5. 5

    Setelah siap tutup api dan biarkan sejuk

  6. 6

    Potong roti bun mini kepada 2. Sapukan mentega dan masak seketika

  7. 7

    Selepas daging sejuk. Pecahkan telur dan campurkan bersama daging. Letak daun sup yg telah dipotong. Kacau sehingga sebati

  8. 8

    Tuang campuran daging dan telur sedikit ke dalam kuali leper dan tindihkan roti bun ke atas telur tersebut

  9. 9

    Tunggu sehingga masak dan boleh diangkat

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Nanie Zawani Zaim
Nanie Zawani Zaim @cook_16549690
pada

Komen

Resipi Sepertinya