Macaroni bakar

Nik Zamzurina Nik Mohamed
Nik Zamzurina Nik Mohamed @cook_16743271
Setia Alam

Dah boring dengan macaroni goreng ? Jom cuba... Resepi yang simple dan sedap yang penting kenyang.

#DaporAzahZara
Gendang gendut tali kecapi 😂
Kenyang perot suka hati 😋🤣

Macaroni bakar

Dah boring dengan macaroni goreng ? Jom cuba... Resepi yang simple dan sedap yang penting kenyang.

#DaporAzahZara
Gendang gendut tali kecapi 😂
Kenyang perot suka hati 😋🤣

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 2cwn Macaroni (direbus)
  2. 300 gmDaging kisar
  3. 1biji Bawang Holland (potong dadu)
  4. 3 ulasBawang putih (cincang halus)
  5. 1biji Kentang (dipotong dadu)
  6. 1ketol Kiub Ayam
  7. 2sdb Serbok kari
  8. 1/2cwn Susu segar
  9. 4biji Telor
  10. 2sdb Gula
  11. 1sdt Garam
  12. Cheese Monzzarella (lagi banyak lagi sedap)
  13. Sedikitair
  14. Sedikitminyak masak
  15. Bahan hiasan :
  16. Daun bawang, daun sup, cili besar, Sos cili dan mayonis

Cara Memasak

  1. 1

    Macaroni direbus dan ditoskan air

  2. 2

    Tumiskan bawang merah bersama bawang putih hingga garing dan naik bau. Masukkan daging kisar kacau hingga garing sedikit. Masukkan kentang, serbok kari dan kiub ayam. Gaul rata. Masukkan sedikit air. Kemudian gula dan garam. Masak hingga kentang tadi empuk.

  3. 3

    Masukkan macaroni. Campur susu bersama telor. Kacau dan tuang ke dalam kuali. Gaul sekejap hingga sebati dengan api yang perlahan. Tutup api.

  4. 4

    Alaskan loyang 8x8 dengan baking paper. Tuang macaroni tadi separuh dalam loyang. Kemudian tabur cheese Monzzarella ke semua tempat. Ulang proses tadi kemudian tabur cheese menutup semua permukaan. Bakar suhu 160' selama 20min sehingga cheese cair.

  5. 5

    Bila macaroni dah sejuk keluarkan dari loyang. Masukkan sos cili dan mayonis ke dalam plastik. Gunting hujung dan paipkan berselang seli atas macaroni. Kemudian tabur daun bawang, daun sup dan cili.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Nik Zamzurina Nik Mohamed
pada
Setia Alam
Mencuba pelbagai jenis masakan
Baca lagi

Resipi Sepertinya