Lompang gula melaka

anieschoc
anieschoc @anieschoc941994
Pasir Gudang Johor

Azam tahun 2021 nak aktif semula menghantar resepi di cookpad. Tahun 2020 tahun mencabar buat semua termasuk kami, struggle meneruskan kelangsungan hidup. Syukur masih ada rezeki. Saya kongsikan resepi kuih lompang gula melaka. Kuih yang kerap di tempah oleh customer. Kuih lompang yang berkilat dan kenyal-kenyal.

Baca lagi
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ramuan

8-10 orang (20 biji)
  1. Bahan A
  2. 1/2 cawangula melaka
  3. 1/2 cawangula pasir
  4. 2 1/2 cawanair
  5. sehelai daun pandan
  6. Bahan B
  7. 1 3/4 cawantepung beras
  8. 1/2sudu besar tepung ubi
  9. 1/2sudu besar air kapur
  10. CBahan
  11. kelapa parut - putih sahaja
  12. garam

Cara Memasak

  1. 1

    Masak bahan A hingga mendidih. Tapis dan biarkan sejuk sebentar

  2. 2

    Campurkan bahan B kecuali air kapur. Kacau rata. Bila nak mula mengukus baru campurkan air kapur. Supaya kuih kenyal, tak keras.

  3. 3

    Panaskan pengukus. Sapu acuan dengan sedikit minyak. Bila air dah mendidih masukkan acuan. Kukus 3-5 minit.

  4. 4

    Tuang adunan ke dalam acuan. Kukus 10 minit. Buka tutup pengukus, biarkan kuih di dalam pengukus sebentar.

  5. 5

    Campurkan bahan C, kukus sebentar 3-5 minit.

  6. 6

    Biarkan kuih sejuk baru di keluarkan daripada acuan. Taburkan dengan kelapa dan bolehlah di hidang.

Reaksi

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Komen (11)

Azyyati Zakaria
Azyyati Zakaria @azyyatizakaria
tak pernah makan kuih lompang ni. 🤤

Ditulis oleh

anieschoc
anieschoc @anieschoc941994
pada
Pasir Gudang Johor
owner anieschoc & bakeryphone photography
Baca lagi

Resipi Sepertinya

Lebih Banyak Resipi Pilihan