👩🍳Puding Roti Coklat Pisang

Cookpad Apron 2026: Week 13
Tema Minggu 13: Dari Pokok Pisang
Puding roti ini sedap dimakan dengan kuah kastad. Boleh dimakan suam ataupun sejuk.
👩🍳Puding Roti Coklat Pisang
Cookpad Apron 2026: Week 13
Tema Minggu 13: Dari Pokok Pisang
Puding roti ini sedap dimakan dengan kuah kastad. Boleh dimakan suam ataupun sejuk.
Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan- bahan
Sediakan loyang sesuai saiz 9x9”. Gris dengan sedikit marjerin.
- 2
Susun roti yang dicarik dilapisan bawah loyang. Susun kepingan pisang dan tabur cip coklat. Letak lagi lapisan roti. Buat sampai habis.
- 3
Didalam periuk kecil, masukkan susu, gula, telur dan esen vanila. Gaul rata kemudian panaskan sekejap diatas api sederhana supaya semua larut dan sebati. Masukkan mentega. Terus kacau rata. Tutup api.
- 4
Kemudian, tuang campuran rata-rata keatas roti.
Tekan perlahan- lahan supaya campuran meresap rata kedalam lapisan roti.Bakar didalam oven pada suhu 180 darjah C selama 50 minit menggunakan teknik water bath.
- 5
Sementara itu sediakan sos kastad. Didalam periuk kecil, campurkan susu dengan tepung kastad. Kacau rata barulah letak diatas api sederhana. Sentiasa kacau sehingga sos kastad pekat sedikit. Tutup api. Ketepikan
- 6
Selepas 50 minit keluarkan puding dari oven. Sejukkan dahulu sebelum dinikmati.
Nikmati puding roti dengan curahan sos kastad diatasnya. Sedia dihidangkan.
Tip
Teknik water bath (atau bain-marie) adalah kaedah membakar/memasak dengan meletakkan loyang adunan ke dalam loyang lain yang berisi air panas di dalam ketuhar. Ia menghasilkan haba yang lembap dan stabil, mengelakkan masakan daripada merekah, hangus, atau kering.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

















Komen