👩🍳Ikan Tenggiri Goreng Daun Kesum

Cookpad Apron 2026: Week 20
Tema Minggu 20: Goreng Sedap!
Goreng ikan bersama daun kesum memang sedap, sama juga jika menggoreng ikan dengan daun kari. Aroma kedua jenis daun ini sungguh menyelerakan. Ringkas tetapi enak.
👩🍳Ikan Tenggiri Goreng Daun Kesum
Cookpad Apron 2026: Week 20
Tema Minggu 20: Goreng Sedap!
Goreng ikan bersama daun kesum memang sedap, sama juga jika menggoreng ikan dengan daun kari. Aroma kedua jenis daun ini sungguh menyelerakan. Ringkas tetapi enak.
Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan-bahan.
Lumur ikan dengan serbuk kunyit, garam dan cukup rasa. Tabur daun kesum. Gaul rata. Perap lebih kurang 10 minit.
- 2
Panaskan minyak masak. Goreng ikan sehingga keemasan. Goreng sebelah, selepas itu terbalikkan sebelah lagi. Angkat dan tos minyak.
- 3
Keluarkan minyak dari kuali, tinggal sedikit sahaja. Tumiskan bawang holland, cili dan cili padi hingga wangi.
Kemudian, masukkan ikan goreng tadi. Gaul rata hingga semua rempah tersalut rata pada ikan. Tutup api. Siap!
- 4
Sedia dihidangkan dengan nasi putih panas.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi














Komen