
Hari ni #cooksnap resipi ni untuk anak yang demam. Dia request nak makan spageti carbonara , tak ada selera nak makan nasi katanya. Kebetulan bahan cukup kecuali sos carbonara jer tak ada. Jadi mujur sangat lah ada resipi ni yang boleh gantikan sos carbonara dengan santan. Terima kasih IntanNs kerana share resipi ni. Untuk jadikan resipi ni lebih berkrim saya tambah 10ml whipping cream dan sosej sebagai lauk sebab anak suka.

