Cheese Tart D'Amor

Aznie Khasri
Aznie Khasri @Sirap_Cheese
Ipoh, Perak, Malaysia

Fuhhhh nama tak mau kalah tu😆 Kebetulan kat rumah banyak buah sebab suka sangat makan buah sekarag. Nasi kurang sikit. Tapi kalau cheese tart memang tak boleh tolak. Suka yaamat🥰

Cheese Tart D'Amor

Fuhhhh nama tak mau kalah tu😆 Kebetulan kat rumah banyak buah sebab suka sangat makan buah sekarag. Nasi kurang sikit. Tapi kalau cheese tart memang tak boleh tolak. Suka yaamat🥰

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Shell Crust
  2. 125 gmmajerin/butter
  3. 150 gmgula kastor
  4. 400 gmtepung gandum
  5. 1sudu kecil Esen Vanilla
  6. Cream Cheese
  7. 250 gmcream cheese dari peti sejuk
  8. 50 gmgula kastor
  9. 3sdb whipping cream
  10. 1/2 sudu kecil Esen Vanilla atau 1 sudu kecil perahan lemon

Cara Memasak

  1. 1

    Cara buat tart crust:
    Dalam bekas masukkan majerin, esen vanila dan gula. Sebatikan. Masukkan telur yang dipukul sedikit. Gaul sebati.

  2. 2

    Masukkan telur dan vanilla yang dipukul sedikit. Gaul sebati.
    Akhir masukkan tepung sedikit demi sedikit dan ramas dengan tangan hingga sebati dan membentuk doh. X perlu uli lama sangat. Cukup setakat jadi doh.

  3. 3

    Masukkan adunan kedalam acuan tart dan tekankan dengan jari hingga cantik dan kemaskan lebihannya.

  4. 4

    Cucuk sedikit dengan garfu. Bakar suhu 170c hingga cantik perang. Masa atas oven masing2.

  5. 5

    Setelah masak. Keluarkan dari oven. Biar sebentar dan keluarkan dari shell. Sejukkan atas redai.Simpan dalam bekas dan simpan dlam chiller agar shell tidak lemau dan cheese set dan lebih enak dinikmati.

  6. 6

    TIPS
    Untuk shell yang elok rangup jangan terlebih uli. Cukup sekadar menjadi doh yg elok

  7. 7

    Cara untuk buat cream cheese:
    Masukkan semua bahan kecuali whipping cream Mix hingga berkrim dan gebu tapi masih kental.

  8. 8

    Kemudian masukkan whipping cream pukul dengan perlahan hingga sebati. Jangan terlebih pukul ye.

  9. 9

    Warnakan cream cheese. Gaul rata. Masukkan cream cheese kedalam piping bag. Picitkan sedikit filling dalam shell. Paipkan cheese ke dalam shell. Kemudian kita ratakan ia.

  10. 10

    Bakar suhu 170c lebih kurang 7-8 min. Sekadar bila sentuh cheese tidak lekat dijari. Untuk hasil yang cantik. Cheese masih moist tidak kering atau retak

  11. 11

    Sebaik masak keluarkan. Sejukkan atas redai. Kemudian hias ikut suka. Simpan dalam bekas dan simpan dlam chiller agar shell tidak lemau dan cheese set dan lebih enak dinikmati.

  12. 12

    Siap untuk dihidang.

  13. 13

    Tips:
    Cheese mesti guna yang sejuk masa mengadun untuk dapatkan hasil yang cantik. Montok cantik atas cara piping filling.
    **** untuk adunan cheese aznie gandakan sebab buat tuk design yang berbeza.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Aznie Khasri
Aznie Khasri @Sirap_Cheese
pada
Ipoh, Perak, Malaysia
~💕Like MASAK👩🏻‍🍳 ~💕Like MAKAN 🍰~💕Like SNAP FOTO 📸 ~💕Like SNAP VIDEO 🎥-💕❤️COOKPAD COMMUNITY~💕WE ARE FAMILY~💕
Baca lagi

Komen (16)

Nurul Amalin Efa
Nurul Amalin Efa @cook_39234081
tart shell bentuk love tu beli kat mne ?

Resipi Sepertinya