Biskut Donut

Aznie Khasri
Aznie Khasri @Sirap_Cheese
Ipoh, Perak, Malaysia

Biskut fav Qaseh. Dalam dua tahun lepas memang biskut ni je Aznie buat untuk Qaseh. Sebab dia suka makan donat. Jadi buatkan biskut donat untuk dia. Kali ni Aznie cooksnap resepi dari kak Ell @ell_sakimin710 . Teria kasih kak Ell memang tak rugi mencuba sebab biskutnya sedap. Qaseh dah bagitau ni biskut adik jangan ambik. Nanti lepas raya nak bawa sekolah🤦‍♀️. Tu diaaa dah pesan awal-awal dah😂

Biskut Donut

3 komen diterima

Biskut fav Qaseh. Dalam dua tahun lepas memang biskut ni je Aznie buat untuk Qaseh. Sebab dia suka makan donat. Jadi buatkan biskut donat untuk dia. Kali ni Aznie cooksnap resepi dari kak Ell @ell_sakimin710 . Teria kasih kak Ell memang tak rugi mencuba sebab biskutnya sedap. Qaseh dah bagitau ni biskut adik jangan ambik. Nanti lepas raya nak bawa sekolah🤦‍♀️. Tu diaaa dah pesan awal-awal dah😂

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 250 gmbutter
  2. 120 gmgula halus
  3. 320 gmtepung gandum
  4. 3sb tepung jagung
  5. 2sb susu tepung (optional)
  6. 1/2sk serbuk penaik
  7. 50 gmserbuk badam
  8. 1sk vanilla esen
  9. Hiasan
  10. Cokelat masakan
  11. Manik taburan

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan-bahan anda.

  2. 2

    Pukul butter dan gula sehingga kembang. Jangan lupa masukkan esen vanilla.

  3. 3

    Kemudian campurkan tepung gandum yang sudah diayak bersama serbuk penaik. Campurkan sekali susu tepung, tepung jagung dan serbuk badam. Gunakan alat yang paling sesuai untuk menggaul bahan bahan ini, iaitu TANGAN anda😬. (Pastikan cuci bersih dan lap kering tangan anda). Uli adunan sehingga menjadi doh. Rehatkan doh dalam 15minit.

  4. 4

    Mula canaikan doh dan gelek sama rata. Terap menggunakan acuan bentuk donut. Susun atur atas loyang.

  5. 5

    Bakar pada suhu 150’ selama 25min atau sehingga masak. Selepas masak sejukkan biskut betul-betul sebelum dihias.

  6. 6

    Cairkan coklat masakan. Sediakan taburan manik. Peringkat ini, anak anak sangat SUKA nak menolong😊.

  7. 7

    Boleh mula celupkan biskut ke dalam coklat yang dah dicairkan. Selepas itu susun atas redai dan tabur manik hiasan sebelum coklat mengeras.

  8. 8

    Biskut Donut Comel is done! Selamat mencuba😊

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Aznie Khasri
Aznie Khasri @Sirap_Cheese
pada
Ipoh, Perak, Malaysia
~💕Like MASAK👩🏻‍🍳 ~💕Like MAKAN 🍰~💕Like SNAP FOTO 📸 ~💕Like SNAP VIDEO 🎥-💕❤️COOKPAD COMMUNITY~💕WE ARE FAMILY~💕
Baca lagi

Resipi Sepertinya