Kek Lapis Nutella Strawberry

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

Kek ketiga untuk raya tahun ni (2022). Suami tanya kenapa takde kek lapis? Dua-dua kek (kek hati parek dan kek syaitan) sebelum tu hampir nampak sama je. Nak tak nak, kena juga buat kek lapis. Kalau takde kek lapis di hari raya bukan la tradisi beraya di Sarawak agak nya 😅 sebab dah terbiasa hampir setiap rumah pasti ada kek lapis. Saya buat yang mudah dan senang sahaja.

Kek Lapis Nutella Strawberry

39 orang bercadang membuatnya

Kek ketiga untuk raya tahun ni (2022). Suami tanya kenapa takde kek lapis? Dua-dua kek (kek hati parek dan kek syaitan) sebelum tu hampir nampak sama je. Nak tak nak, kena juga buat kek lapis. Kalau takde kek lapis di hari raya bukan la tradisi beraya di Sarawak agak nya 😅 sebab dah terbiasa hampir setiap rumah pasti ada kek lapis. Saya buat yang mudah dan senang sahaja.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

Acuan 8” x 8” @ 8 1/2” x 8 1/2”
  1. 500 gmmentega
  2. 150 gmgula halus
  3. 1sudu besar ovalet
  4. 10biji telur gred A
  5. 3/4 tinkecil susu pekat manis
  6. 260 gmtepung hong kong
  7. 100 gmhorlick
  8. 220 gmnutella
  9. 7sudu besar jem strawberi/raspberry
  10. 2sudu besar strawberry paste
  11. Pewarna pink

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan kesemua bahan. Pukul mentega, gula halus dan ovalet hingga kembang. Masukkan telur satu persatu sambil dipukul hingga kembang.

  2. 2

    Masukkan susu pekat manis dan pukul lagi hingga sebati. Perlahankan mixer, masukkan horlick dan tepung hong kong sedikit demi sedikit sambil dipukul rata. Bahagikan dua bahagian. Satu bahagian dicampur nutella dan gaul rata.

  3. 3

    Satu bahagian lagi dicampur jem strawberi/raspberry, strawberry paste dan pewarna pink, gaul rata.

  4. 4

    Alas kertas minyak pada loyang. Panaskan oven selama 5 minit dengan suhu 170’c. Lapis 1 cawan adunan coklat ratakan dan bakar 7 minit/masak dengan api atas dan bawah. Bergantung kepada oven masing-masing. (Saya guna oven Elba) Keluarkan kek dan tekan dengan alat penekan kek untuk meratakan kek.

  5. 5

    Lapis dengan 1 cawan adunan pink dan ratakan. Tukar ke api atas sahaja dengan suhu 165’c 7-10 minit/masak. Keluarkan kek dan tekan lagi kek dengan penekan kek. Buat berlapis-lapis hingga habis.

  6. 6

    Bahagian terakhir tu saya tompok-tompokkan dengan kedua-dua warna adunan dan lorekkan. Bakar suhu 165’c 7-10 minit/masak. Sejukkan kek sebelum dikeluarkan daripada loyang dan dipotong.
    Nota : Setiap kali hendak melapis, perlu ditekan untuk meratakan kek. Semakin tinggi kek turunkan suhu ke 165’c untuk mengelakkan bahagian atas kek cepat gelap.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡“No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya