Tart Nenas Klasik & Gebu Kak Kiah (With tip lembutkan adunan biskut)| Biskut Raya

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Pahang, Malaysia

Kak Kiah ialah panggilan untuk kakak ipar Uchu. Beliau merupakan bekas guru, pernah menjadi guru Subjek Ekonomi Rumah Tangga. Banyak ilmu dan pengetahuan beliau boleh dipraktikkan dalam membaking. Sejak beliau masuk umur pencen, agak tak rajin Kak Kiah nak membiskut banyak2 macam zaman muda dia. Jadi agak susah lah Uchu nak ngepow tart dia macam dulu..hahaha. Jadi Uchu buat lah sendiri walaupun buat sedikit je.

Resepi Kak Kiah ni klasik sebab gunakan resepi orang lama2 dulu, hanya gunakan tepung gandum yang disangai kemudian dijemur bawah cahaya mentari pula. Sebab tu tepungnya ringan dan gebu dan berbau harum tambahan pula ada gunakan minyak sapi. Tak gunakan susu tepung seperti resepi sekarang tapi gunakan susu cair, cantik tekstur campuran bahan butternya. Berkrim lembut..Kak Kiah masa muda dia, tekun buat corak tart ni guna penyepit. Hehe.

Special tips daripada Kak Kiah yang selalu Uchu Praktikkan dalam baking biskut ada Uchu sertakan sekali dalam langkah2.

Anak2 Uchu tak suka pun tart nenas, tapi Uchu suka..sebab tu Uchu letak sikit je jem nenas tu..biar anak2 try la jugak merasa.

Tart Nenas Klasik & Gebu Kak Kiah (With tip lembutkan adunan biskut)| Biskut Raya

40 orang bercadang membuatnya

Kak Kiah ialah panggilan untuk kakak ipar Uchu. Beliau merupakan bekas guru, pernah menjadi guru Subjek Ekonomi Rumah Tangga. Banyak ilmu dan pengetahuan beliau boleh dipraktikkan dalam membaking. Sejak beliau masuk umur pencen, agak tak rajin Kak Kiah nak membiskut banyak2 macam zaman muda dia. Jadi agak susah lah Uchu nak ngepow tart dia macam dulu..hahaha. Jadi Uchu buat lah sendiri walaupun buat sedikit je.

Resepi Kak Kiah ni klasik sebab gunakan resepi orang lama2 dulu, hanya gunakan tepung gandum yang disangai kemudian dijemur bawah cahaya mentari pula. Sebab tu tepungnya ringan dan gebu dan berbau harum tambahan pula ada gunakan minyak sapi. Tak gunakan susu tepung seperti resepi sekarang tapi gunakan susu cair, cantik tekstur campuran bahan butternya. Berkrim lembut..Kak Kiah masa muda dia, tekun buat corak tart ni guna penyepit. Hehe.

Special tips daripada Kak Kiah yang selalu Uchu Praktikkan dalam baking biskut ada Uchu sertakan sekali dalam langkah2.

Anak2 Uchu tak suka pun tart nenas, tapi Uchu suka..sebab tu Uchu letak sikit je jem nenas tu..biar anak2 try la jugak merasa.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 250 gbutter
  2. 2 sudu makanpenuh minyak sapi
  3. 2 sudu besargula ising (Kak Kiah tak letak, Uchu tambah)
  4. 2 bijikuning telur
  5. 2 sudu besarsusu cair
  6. 3 cawantepung gandum + 1/4 cawan jika perlu (disangai,dijemur)
  7. secukupnyaJem nenas

Cara Memasak

  1. 1

    Gentel jem nenas mengikut citarasa masing2,sukat guna sudu penyukat. Uchu buat 2 jenis sukatan, sebab anak tak suka jem nenas.

  2. 2

    Sangai tepung sehingga agak ringan gunakan api kecil supaya tepung tak hangus atau berubah warna terlalu gelap.

  3. 3

    Ratakan tepung atas dulang dan jemur pula di bawah cahaya matahari.

  4. 4

    Ayakkan tepung dalam bekas untuk digunakan.

  5. 5

    Kacau butter dan gul ising sehingga sebati,berkrim dan gula larut.

  6. 6

    Masukkan minyak sapi kacau rata dan masukkan kuning telur kacau sehingga semuanya sebati..

  7. 7

    Masukkan susu cair dan kacau sehingga semuanya sebati dan berkrim.

  8. 8

    Ayakkan sekali lagi sebanyak 3 cawan tepung. Gaul dengan menambahkan beberapa sudu besar lagi tepung jika perlu sehingga adunan tak melekat pada tangan tapi masih dalam keadaan lembut.

  9. 9

    Sukat tepung dalam sudu penyukat. Gentel dan tekan dalam acuan tart seperti ini supaya tart tak mudah pecah bila ditekan dengan coraknya nanti.

    Tips: jika terlebih tepung, dan adunan nampak pecah tak cantik semasa tekan acuan tu, boleh adjust jangan risau. Caranya; gaul semula adunan dengan kuning telur tambahan,sedikit demi sedikit, sampai adunan lembut dan sebati semuanya.

  10. 10

    Tekan acuan ke atas adunan. Pindahkan ke loyang gunakan spatula.

  11. 11

    Letakkan jem nenas di atasnya.

  12. 12

    Bakar pada suhu 160c selama 15 minit. Sejukkan atas redai dan simpan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Sesimple Loralin
pada
Pahang, Malaysia
Saya simpan resepi koleksi peribadi,kongsi resepi, perhati,belajar & cuba resepi di Cookpad😊 ⬇️⬇️⬇️Memasak dan membaking menjadi satu keseronokkan dan terapi untuk Uchu ✌️👍.Ada resepi sesimple dan ada juga resepi terlihat complicated...🤣 selalunya yang simple itu sedap, ada masa kena bersusah sikit untuk sedap. Ape2pun, yang baik dan enak itu datangnya dari Allah, yang kurang itu datangnya dari kelemahan Uchu sendiri..dengan rasa rendah diri..salam kenal dan selamat mencuba!
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya