Iced Lime Lemonade

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

Inspirasi daripada @sasha_sabrina tetapi saya campur limau manis (hasil dari selongkar peti sejuk) sebab lemon pun tinggal 1/4 bahagian sahaja dan limau nipis saya ganti dengan limau kasturi. Limau lah juga tu kan? 😅
Sebenar nya iced lime lemonade ni memang kegemaran sejak saya di bangku sekolah rendah lagi. Apabila saya berada di darjah lima dan enam, saya aktif dalam bersukan. Balik je ke rumah, selepas makan dan mandi, saya akan petik buah lemon di depan rumah (mak ada tanam sepokok dan buah nya memang berbuah lebat), saya buatkan air untuk dibekal ke latihan sukan di sekolah. Memang tak cukup sebotol rasa nak lagi, lagi sejuk lagi sedappp ❤️

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 3 bijilimau kasturi
  2. 1/4 bijilemon
  3. 1 bijilimau manis
  4. 800 mlair ais
  5. 7 titisgula stevia
  6. Secubitgaram (optional)
  7. Ketulan ais secukup nya

Cara Memasak

  1. 1

    Potong dan perah jus kesemua limau dan lemon dan tapiskan jus nya. Campurkan ke dalam jug yang berisi air ais.

  2. 2

    Titiskan gula stevia dan garam, kacau rata. Masukkan ketulan ais dan sedia untuk dinikmati.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡“No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi

Komen (2)

MinSha
MinSha @sasha_sabrina
Uihhhhh… nyaman nya engkah gambar. Kedak asam boi! 7 titis jak dh manis ka kak? Pastok mek kurangkan ke 8 dlm resepi mek. Sbb ariya laju gilak picit. Rasa kdk 10 kali tp x sure Heheheh 😂

Resipi Sepertinya