Bubur kacang durian

Ziana Chesaad
Ziana Chesaad @limited_edition
Nibong Tebal

Gunakan peluang disaat musim raja buah tgh lebat gugur.. Durian. Bubur kacang hijau sangat sinonim bila dimasak bersama dgn isi durian.
Jom kita makan ptg bersama....

#durian
#cookpadmalaysia

Bubur kacang durian

2 orang bercadang membuatnya

Gunakan peluang disaat musim raja buah tgh lebat gugur.. Durian. Bubur kacang hijau sangat sinonim bila dimasak bersama dgn isi durian.
Jom kita makan ptg bersama....

#durian
#cookpadmalaysia

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

10-12 org
  1. 1mangkuk kacang hijau
  2. 2mangkuk santan cair
  3. 1mangkuk santan pekat
  4. 2senduk gula pasir
  5. 1senduk gula merah
  6. 3sudu sagu
  7. 1sudu kecil garam
  8. 6-8 ulasisi durian
  9. 2 helaiDaun pandan

Cara Memasak

  1. 1

    Rendam kacang hijau beberapa jam, tujuan merendam dahulu kacang adalah kerana untuk mempercepatkan proses melembutkan kacang apabila merebus nanti.

  2. 2

    Rebus kacang hijau sehingga kembang dan lembut.

  3. 3

    Setelah kacang lembut buang kan lebihan air rebusan tadi. Kemudian masukkan santan cair dan santan pekat. Jangan lupa masukkan daun pandan.

  4. 4

    Masak seketika sehingga agak mendidih. Masukkan gula pasir dan gula merah. Kacau rata.

  5. 5

    Apabila gula sudah larut masukkan pula garam, sagu dan isi durian. Tujuan masukkan sedikit garam adalah untuk melemak kan rasa kuah santan.

  6. 6

    Masak sehingga kuah tadi mendidih dan sebati. dh boleh dihidangkan kepada keluarga tersayang. selamat mencuba.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Ziana Chesaad
Ziana Chesaad @limited_edition
pada
Nibong Tebal
Memasak itu terapi .Suka masak masakan simple tapi sedap .
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya