Tip Masak Singgang Ikan
Bagi sesetengah orang, sebut je singgang, kacang goreng je nak buat ye tak?😆 Walaupun simple, ini adalah tips daripada arwah mak Uchu. Tujuannya supaya ikan lebih terasa asam garamnya, ikan lebih pejal, rasa lebih sedap. Lebih2 lagi jika gunakan ikan tongkol, tenggiri atau ikan yang lebih besar.

Caranya: Masukkan semua bahan singgang bersama ikan termasuk garam dan asam keping dalam periuk. Masuklah sekali sedikit belacan dan nise juga jika suka. Kemudian baru masukkan sedikit air terlebih dahulu, agak-agak ngam paras ikan.

Rebus sehingga air berkurang. Barulah asam garam, rasa, dan teksturnya lebih baik kerana rasa bahannya dah meresap pada ikan. Insyaallah..

Barulah ditambah dengan air sehingga mencukupi sebagai kuah singgang. Masak sampai didih.


