Simpan Stock Lemon
Nak pakai sebiji. Tapi tiada jual loose di pasaraya yang orang bawa kita beli barang. Jadi kita beli sebungkus ada 5 biji 🍋 lemon. Google cara simpan bagi tahan lama dan mudah nak pakai.

1. Parut kulit lemon sebelum perah jus untuk disimpan. Dapat stok untuk apa2 resipi yang perlukan lemon zest. Hati2 jangan terparut bahagian putih yang pahit.

2. Bekukan jus lemon dalam bentuk kiub. Nak buat air lemon, ikan stim atau perapan ayam black metal da mudah. Lepas da beku baru keluarkan masuk bekas lain atau plastic seal untuk jimat space.

3. Hiris 🍋 lemon samada da perah atau belum. Boleh guna untuk deco, air detoks, dll. Saya bekukan sedikit sahaja hirisan sebab selebihnya diperah. Kulit guna untuk rebusan mandian. Selepas beku baru masukkan dalam bekas bertutup/ plastik lebih kecil. Kalau terus beku begitu nanti melekat sesamanya.

