Karipap Sandwic!

Nur Mardiah Amirah Az Zahra
Nur Mardiah Amirah Az Zahra @MardiahAmirah

Kegemaran rakyat Malaysia:
Roti Sandwic.

Sememangnya, pelbagai masakan yang dapat kita hasilkan daripada Roti Sandwic.
Contohnya seperti Puding Roti, Roti Telur, Toast, Sengkaya Roti dan lain-lain lagi.

Dengan itu, saya nekad akan terus terokai keunikan Roti Sandwic dan kali ini ialah 𝑲𝒂𝒓𝒊𝒑𝒂𝒑 𝑺𝒂𝒏𝒅𝒘𝒊𝒄! 💗

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

20 minit
3 orang
  1. 11 kepingRoti Sandwic (jenama yang disukai)
  2. Pelbagai inti, ikut kesukaan hati

Cara Memasak

20 minit
  1. 1

    Potong bahagian tepi, kerak Roti Sandwic tersebut.

  2. 2

    Gunakan penggelek dan gelekkan roti-roti yang dipotong itu.

  3. 3

    Gunakan penekap karipap dan letakkan sekeping roti sandwic tersebut.

    Isikan inti yang disukai dan tekap tutup rapat-rapat.

  4. 4

    Panaskan minyak dan berbekalkan api sederhana, gorenglah Karipap Sandwic kita itu secantiknya.

  5. 5

    Kuning keemas-emasan maknanya sudah boleh diangkat.

    Sedia untuk menjamu selera! 🥰

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Nur Mardiah Amirah Az Zahra
pada
Dunia Pencuci Mulut Saya.Selamat Datang! 🤍
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya