Kek Titisan Hujan di Tasik Naga

Rozita Jaafar Sekdek
Rozita Jaafar Sekdek @Rozita
Sungai Buloh

#MyHealthierVersion
Tu diaaaaa tajuk memang tak nak kalah 😂 Sana-sini tengok orang sibuk buat kek titisan hujan atau raindrop cake yang tengah viral ni. Kita pun nak cuba jugak, sedap ke tak. Tapi kita cipta kelainan sikit gunakan apa yang sedia ada. Why not? Kita yang buat dia. Titisan hujan kita ni kaler golden sikit sebab guna esen vanila dengan madu. Untuk 'kuah' nya pulak, kita guna dragon fruit puree sebagai alternatif lebih sihat yang memberikan rasa yang lebih refreshing. Sebab kita guna hanya sedikit serbuk agar-agar berbanding yang biasa kita buat, teksturnya sangat lembut dan melt in your mouth.

Terima kasih @airtangan_ummirizqi atas tunjuk ajar macam mana nak buat kuih viral ni 😘

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

10 minit
2 orang
  1. 1/2 sudu tehserbuk agar-agar
  2. 400 mlair
  3. 2sudu besar madu asli
  4. 1 sudu tehesen vanila
  5. 1/2biji buah naga

Cara Memasak

10 minit
  1. 1

    Sediakan bahan-bahan. Campurkan semuanya dalam periuk dan kacau hingga agar-agar hampir larut. Kita pakai sudu porcelain macam gambar No. 3 untuk cedok madu dan kacau larutan.

  2. 2

    Jerang periuk atas api kecil dan terus kacau hingga agar-agar larut. Kacau selalu-selalu sampai larutan mendidih.

  3. 3

    Bila dah mendidih, tutup api dan teruskan mengacau larutan sampai sejuk sikit. Lepas tu curah ke dalam mangkuk bulat. Larutan 400ml ni ngam-ngam untuk 2 mangkuk kecil yang beli kat Daiso ni. Biarkan sejuk sebelum masuk dalam peti ais untuk sekurang-kurangnya sejam.

  4. 4

    Masukkan buah naga yang dah disejukkan dalam peti ais dulu dan dipotong kecil ke dalam blender dan blend guna mode "pulse", tak payah hancur sangat biar ada cebisan buah sikit baru best.

  5. 5

    Keluarkan agar-agar daripada peti sejuk dan telangkupkan mangkuk atas pinggan untuk keluarkan agar-agar. Lepas tu curah je buah naga yang dah diblend tadi ke dalam pinggan keliling agar-agar tadi.

  6. 6

    Siaaaappp! Uuuiiii sedap rupanya eh bendalah ni. Patut ler viral. Rasa madu dengan vanila tu bila disatukan dengan buah naga tu fuuuuuulamaaakk! Kena cuba kalau nak tau rasa dia macam mana. Confirm tak menyesal 😆

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Rozita Jaafar Sekdek
pada
Sungai Buloh
Menu-menu ringkas, mudah & cepat sesuai untuk mereka yang kekurangan masa, kekurangan kesabaran atau kekurangan kerajinan (atau ketiga-tiganya sekali!) 😆Motto masakan kita: Biar rupa tak cantik, janji rasa dia WIN!
Baca lagi

Resipi Sepertinya