Getas Sandwic!

Nur Mardiah Amirah Az Zahra
Nur Mardiah Amirah Az Zahra @MardiahAmirah

Pertama kali saya buat Kuih Getas (𝒕𝒆𝒑𝒖𝒏𝒈 𝒑𝒖𝒍𝒖𝒕) adalah pada tahun 2020.

Sejujurnya, Kuih Getas itu memang senang untuk dibuat, kecuali kena tunggu nyahbeku Kelapa Parut sahaja.
Tambahan lagi, saya suka kuih yang liat-liat dan manis di mulut.
Nikmat kunyahan itu, allahu.

Oleh itu, saya terfikir, apakah rasanya seandainya saya buat Getas, yang menyalut Roti Sandwic?
Memandangkan, bau Roti Sandwic pun seakan-akan Kelapa (disebabkan ragi itu).
Jadinya, mempersembahkan, Getas Sandwic! 🤓

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

20 minit
Keluarga
  1. 7 kepingRoti Sandwic
  2. 1/3 cawanGula Kastor
  3. 1/3 cawanAir Putih Kosong

Cara Memasak

20 minit
  1. 1

    Potong bahagian tepi kerak roti-roti sandwic tersebut & leperkan semua keping menggunakan penggelek.

  2. 2

    Bentukkan roti-roti sandwic tersebut.
    (seperti gambar-gambar di bawah)

  3. 3

    Apabila siap pembetukan roti, goreng roti-roti tersebut.

    Goreng sekejap sahaja, dalam 5 minit dan angkat.

  4. 4

    Sira Gula pula!

    Masukkan gula kastor dan air putih kosong dalam ceper.
    Rebuskan di atas api sederhana.

    Rebuskan sebatian tersebut sehingga menjadi putih.
    (seperti gambar di bawah)

  5. 5

    Apabila sebatian bertukar menjadi putih, masukkan roti-roti yang telah digoreng tadi, dan gaul bersama selama 30 saat, di atas api.

    Seterusnya, tutup api.
    Akan tetapi, jangan berhenti mengacau. Teruskan mengacau hingga tergaul sebatian sira gula tersebut menjadi putih keras, berupa salji & melekat pada roti-roti.

  6. 6

    Siap untuk dinikmati bersama-sama keluarga! 🥰

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Nur Mardiah Amirah Az Zahra
pada
Dunia Pencuci Mulut Saya.Selamat Datang! 🤍
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya