Bingka Sandwic!

Yang ini, tanpa perlu carikkan roti ataupun kisar roti-roti sandwic tersebut!
Hasil kajian dan pelajaran dari YouTube.
Akhirnya, dapat juga saya hasilkan yang sedap, senang dan sepenuhnya puas di hati.
Oleh itu, jemput tengok sini, semua! ❤️
Bingka Sandwic!
Yang ini, tanpa perlu carikkan roti ataupun kisar roti-roti sandwic tersebut!
Hasil kajian dan pelajaran dari YouTube.
Akhirnya, dapat juga saya hasilkan yang sedap, senang dan sepenuhnya puas di hati.
Oleh itu, jemput tengok sini, semua! ❤️
Cara Memasak
- 1
(Pra-panas ketuhar dalam 10 minit, pada suhu 180°C)
- 2
Dalam sebuah bekas besar, campurkan air panas kosong dan susu pekat manis.
Gaul keduanya sebati. - 3
Kemudian, masukkan mentega, telur, esen vanilla dan roti sandwic tersebut.
Kaedah buatannya hanyalah sekadar rendam roti dan kacau, menggunakan sudu biasa.
Tanpa perlu carikkan roti atau kisar roti-roti tersebut. - 4
Apabila sebatian kelihatan cantik, masukkan sebatian itu ke dalam loyang dan bakar pada suhu 180°C, selama 45 minit.
- 5
Sedia untuk menjamu selera! 🥰
Resipi Sepertinya
-
Penkek Sandwic! Penkek Sandwic!
Ya, saya terus memikirkan pencuci mulut berasaskan sandwic!Saya ingin mencipta lebih banyak lagi. Jadi saya mencuba makanan rutin saya, iaitu penkek.Sesungguhnya terdapat pelbagai jenis penkek, yang berasaskan tepung gandum, oats dan juga pisang.Kali ini, saya mencuba menggunakan roti sandwic, yang memang menjadi kegemaran rakyat Malaysia semua.Jom tengok! 🤓 Nur Mardiah Amirah Az Zahra -
Miloro Sandwic! Miloro Sandwic!
Milo = MiloRo = RotiSaya mencipta resipi ini, yoohoo!Sedang memikirkan pencuci mulut jenis berlapis selepas menonton banyak perkongsian pencuci mulut di YouTube.Matlamat saya ialah: Rasa Malaysia, Tidak Dibakar, Berlapis, Senang dimakan dalam perjalanan & Sejuk.Oleh itu, saya mendapat idea dan membuat yang ini.Ya, keluarga memang sukakannya! 🤓 Nur Mardiah Amirah Az Zahra -
Getas Sandwic! Getas Sandwic!
Pertama kali saya buat Kuih Getas (𝒕𝒆𝒑𝒖𝒏𝒈 𝒑𝒖𝒍𝒖𝒕) adalah pada tahun 2020.Sejujurnya, Kuih Getas itu memang senang untuk dibuat, kecuali kena tunggu nyahbeku Kelapa Parut sahaja.Tambahan lagi, saya suka kuih yang liat-liat dan manis di mulut.Nikmat kunyahan itu, allahu.Oleh itu, saya terfikir, apakah rasanya seandainya saya buat Getas, yang menyalut Roti Sandwic?Memandangkan, bau Roti Sandwic pun seakan-akan Kelapa (disebabkan ragi itu).Jadinya, mempersembahkan, Getas Sandwic! 🤓 Nur Mardiah Amirah Az Zahra -
Bingka Kastard! Bingka Kastard!
Saya seorang yang agak skeptikal dan kurang gemar akan makanan yang berasaskan 𝑲𝒂𝒔𝒕𝒂𝒓𝒅.Oleh sebab itu, saya mencabar diri untuk menghasilkan resipi 𝑲𝒂𝒔𝒕𝒂𝒓𝒅.Setelah membaca dengan lebih mendalam akan apakah 𝑲𝒂𝒔𝒕𝒂𝒓𝒅 itu.Makanya, terhasillah Bingka Kastard, resipi saya! 🤓 Nur Mardiah Amirah Az Zahra -
Karipap Sandwic! Karipap Sandwic!
Kegemaran rakyat Malaysia:Roti Sandwic.Sememangnya, pelbagai masakan yang dapat kita hasilkan daripada Roti Sandwic.Contohnya seperti Puding Roti, Roti Telur, Toast, Sengkaya Roti dan lain-lain lagi.Dengan itu, saya nekad akan terus terokai keunikan Roti Sandwic dan kali ini ialah 𝑲𝒂𝒓𝒊𝒑𝒂𝒑 𝑺𝒂𝒏𝒅𝒘𝒊𝒄! 💗 Nur Mardiah Amirah Az Zahra -
Bebola Milo Sandwic! Bebola Milo Sandwic!
Adik saya, Cheebi, akan tinggalkan saya untuk urusan luar negaranya.Maka, saya berhasrat untuk berkongsi dan menyimpan salah satu resipi Sandwic kegemarannya.Dia sememangnya seorang yang suka sangat makan Roti Sandwic.Orang Malaysialah katakan (𝒉𝒆𝒉𝒆𝒉𝒆).Persembahkan, snek manis kegemaran Cheebi, olehku! 🎉 Nur Mardiah Amirah Az Zahra -
CokMar Sandwic! CokMar Sandwic!
Saya membuat bar coklat saya sendiri, menggunakan sandwic! 🍫 🤎Weehoo!Sememangnya tiada had yang boleh dibuat seseorang apabila fikirannya jelas dan jujur.Saya mencari inspirasi dalam buku resipi saya yang lalu untuk mendapatkan idea bagi menghasilkan satu pencuci mulut yang ringkas, senang dan cepat.Sangat memuaskan, menyeronokkan & sedap!Percayalah, jangan sesekali memandang rendah pada kebolehan sandwic. 🤓 Nur Mardiah Amirah Az Zahra -
Susu Kurma! Susu Kurma!
Dulu, sewaktu dibangku sekolah, saya pernah cuba buat Susu Kurma, tetapi rasanya agaklah menghampakan.Berbekalkan pengalaman meminum, membaca dan memahami Kurma.Saya akhirnya nekad untuk mencuba mengolah baik resipi yang saya pernah buat dahulu.Sesungguhnya bagi saya, resipi yang ini adalah amat sedap dan kaya dengan rasa.Ya Allah, semua ahli keluarga pun suka!Saya gembira.Dengan itu, mempersembahkan, resipi Susu Kurma! 🫦 Nur Mardiah Amirah Az Zahra -
Puding Roti Sos Kastard (Versi Tabur Buah) Puding Roti Sos Kastard (Versi Tabur Buah)
#goldenapron2020#susumanisSelalu sangat buat puding roti ni. Tapi Puding roti kali ni tambah susu pekat manis dan buah pula. Gantikan gula dengan susu pekat manis. Maklum la, sebab sahut cabaran bonus susumanis.Puding roti ni, Mak yang paling suka makan. Kalau balik kampung mesti buatkan untuk Mak. Mak suka puding roti yang dibakar di dalam oven kerana lebih rangup. Sebelum ni Mak buat puding roti yang di kukus. Tapi bila anak Mak ni perkenalkan puding roti yang dibakar di dalam oven. Selera Mak dah berubah. Penangan resepi dari Cookpad Malaysia! Rose Nani Nizah Nayan -
Agar-agar Roti kiut untuk Rizqi Agar-agar Roti kiut untuk Rizqi
Lebihan roti yang dah exspired jangan terus dibuang ya.Banyak menu yang boleh dibuat dengan roti ni.Boleh buat puding, Bingka, cucur, pizza dan agar-agar yang sedap dan cantik.Untuk challenge kali ini bertemakan left over roti ummi ingin sediakan resepi agar-agar roti yang kiut dan menarik.Anak ummi rizqi ni sangat memilih makanan. Kalau yang dia tidak gemar puas dipaksa pun tidak mahu makan. Roti putih bukan makanan kesukaan rizqi. Jika disapu jem atau kaya pun dia tidak mahu makan.Dirumah selalu ada roti lebihan babahnya makan setiap pagi.. Kali ini Ummi terfikir nak buatkan agar-agar warna warni supaya menarik minat rizqi. Tak sangka pula rizqi sangat suka.Biasanya ummi buatkan cucur roti yang dicampur sayur dan udang. Kali ini ummi ubah kepada desert yang sedikit manis pula. Alhamdulillah ia menarik selera anak manja ummi untuk makan .Lepasni bolehla buat selalu agar-agar dari lebihan roti putih ini untuk hero ummi rizqi. 🥰#KidsAtHeart Leftover Roti [Week 1] Q'leenalee's Kitchen -
Kek Lapis Roti Merie Kek Lapis Roti Merie
#goldenapron2020#telurantarabangsaKek Lapis Sarawak- mewah dengan penggunaan telur, mentega primium, sekaya dan horlicks. Tak salahlah jika harganya yang mahal. Berbaloi dengan bahan, penat lelah dan masa yang peruntukkan.Kek lapis cikgu menggunakan sepenuhnya Roti Merie atau nama lainnya biskut merie tanpa menggunakan tepung gandum dan versi bajet agar kek mewah ini mampu dihasilkan oleh semua lapisan masyarakat di Malaysia ataupun di dunia dan tanpa perlu ke Sarawak.Walaupun ia bajet, rasa dan kesedapannya setaraf kek lapis Sarawak yang lain. Selamat Mencuba😊.Nota:1) cikgu guna loyang 8”x8”. Dapat 6 lapis. Jika nak lapisan yang lagi tebal boleh guna loyang yg lebih kecil.2) 5 biji telur jika menggunakan telur saiz A Hafiza Muaddah -
Wanpaku Sandwic Wanpaku Sandwic
#wanpakuDemi menyahut cabaran yang dianjurkan oleh Cookpad Malaysia, Yani berusaha buat Wanpaku Sandwic ni. Buat sambil menggigil tangan ni. Kenapa? Sebab nak susun ramuannya supaya terletak elok & boleh bungkus dengan cantik. Biasanya makan sandwic kalau di rumah tak perlu bungkuskan...kecuali la sandwic y dibeli. Ok, Alhamdulillah berjaya buat...boleh hip hip hooray day 🥳😄.P/s: Untuk Wanpaku Sandwic ini, tiada tambahan garam, gula atau serbuk perasa kerana bagi Yani ia sudah mempunyai pelbagai rasa terhasil daripada bahan-bahan yang di masukkan ke dalam sandwic ini. Wanpaku, Sandwic sihat!👍 Nur Azliani Amer
Lebih Banyak Resipi
Komen