Bubur Ubi Keledek Ringkas

Mie Lulu Luminous
Mie Lulu Luminous @ilovefood_mamajejel

Bubur ubi keledek ni saya masak ringkas guna bahan yang ada di dapur. Memandangkan susah nak cari daun pandan, saya guna perisa pandan 😁. Santan saya ganti dengan susu sejat sebab saya lebih suka rasa susu berbanding santan. 😄👩‍🍳

Bubur Ubi Keledek Ringkas

1 orang bercadang membuatnya

Bubur ubi keledek ni saya masak ringkas guna bahan yang ada di dapur. Memandangkan susah nak cari daun pandan, saya guna perisa pandan 😁. Santan saya ganti dengan susu sejat sebab saya lebih suka rasa susu berbanding santan. 😄👩‍🍳

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam
2 orang
  1. 4ketul ubi keledek (oren & ungu)
  2. 2sudu besar sagu
  3. 2sudu besar barli
  4. 1 sudu tehgaram / secubit garam
  5. 5 sudu tehgula kasar
  6. Susu sejat
  7. Perisa pandan
  8. Air secukupnya

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    Masukkan air, barli dan sagu ke dalam periuk dan masak sehingga barli dan sagu lembut. Kemudian, masukkan garam dan perisa pandan. Biarkan mendidih. Gaul supaya barli dan sagu tidak melekit dekat periuk. Perlahankan api.

  2. 2

    Masukkan ubi keledek dan gula ke dalam periuk dan gaul perlahan. Biarkan mendidih dan tunggu sehingga ubi keledek agak lembut sesuai cita rasa 🥰

  3. 3

    Akhir sekali, tutup api dan boleh hidangkan bubur ubi keledek kita 😊. Tuang sedikit susu sejat sesuai cita rasa kita. 🤗 (saya tak masukkan susu sejat bersama ubi keledek ke dalam periuk sebab cepat basi 😁).

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Mie Lulu Luminous
Mie Lulu Luminous @ilovefood_mamajejel
pada

Komen

Resipi Sepertinya