Nasi Goreng Tauhu, Fish Cake & Bok Choy

Cookpad Apron Challenge 2026 : Pagi-Pagi Dah Sedap
Resipi dalam draf jer. Masih lagi kurang sihat batuk dan selsema, demam dah okay, alhamdulillah. Kedua belah kaki di bahagian pelipat masih lagi sakit apabila hendak berjalan atau duduk mencangkung. Paling sakit apabila hendak bangun berdiri selepas duduk mencangkung.
Nasi goreng antara menu yang wajib ada untuk sarapan bagi kami sekeluarga tetapi jarang dibuat sekarang ni apabila anak² sudah berkeluarga kerana masing² tak tinggal bersama kami. Kalau dulu, boleh dikatakan kerap kali membuat nya utk sarapan anak² sebelum pergi ke sekolah. Utk pelbagaikan resipi bgantung kpd lebihan bahan² yg ada supaya tak jemu.
Mendapat khabar berita ibu saudara kami (adik kepada mak kami) sedang kritikal di wad ISO di HKL. Tak lama kemudian beliau dipindahkan ke wad ICU kerana badan beliau dah tidak boleh lagi menerima apa² rawatan termasuk dialisis. Beliau hanya bergantung 100% kepada mesin oksigen. Beliau tidak sedarkan diri tetapi telinga nya boleh mendengar setiap doa dan kata² dari anak nya yang menjaga nya dengan memberi reaksi mengalirkan air mata. Setelah 3 hari bertahan, doktor memberitahu semalam (Isnin) bahawa mesin ventilator beliau akan dicabut memandangkan keadaan tubuh badan beliau yang sudah kebiruan. Tepat pukul 3:30 petang, beliau pergi dengan tenang. Allahu... 😭Hanya doa dan kata² semangat serta nasihat yang dapat kami titipkan buat arwah dan anak² nya di sana. Al-Fatihah (dibaca) buat ibu saudara kami.

Cara Memasak
- 1
Hiris bawang merah, bawang putih dan tumbuk bersama cili padi. Potong tauhu dan fish cake kecil-kecil. Bok choy juga dipotong.
- 2
Panaskan sedikit minyak. Masukkan bawang merah, bawang putih dan cili padi. Tumis sampai naik bau dan kekuningan. Masukkan tauhu dan fish cake, kacau biar tauhu sedikit kekuningan. Kuis ke tepi kuali dan pecahkan telur.
- 3
Masukkan sayur bok choy. Kacau 1–2 minit. Masukkan nasi sejuk dan gaul rata. Perasakan dengan
garam dan secukup rasa. Jika suka, boleh tambah sedikit kicap cair atau kicap manis. Goreng lagi 2–3 minit sampai semuanya sebati. - 4
Tutupkan api dan boleh lah diangkat dan disajikan.
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen