Kek Gula Hangus

218/2026 (2560/3K)
Alhamdulillah..kek yang mudah sahaja walaupun oven Uchu jenis takde kawalan untuk api atas atau bawah sahaja malah fan oven pun takleh nak select untuk off 😩. Kek ni patutnya lebih bersarang jika 45 minit pertama dibakar api bawah sahaja tanpa function fan. Dengan bancuhan yang sama, Uchu pernah bakar dalam oven dengan function yang sesuai, elok kejadian sarangnya tu. Aishh..ni lah rasa nak beli lagi oven. 😬
Uchu buat dua adunan kek. Standby sebagai kudapan untuk tetamu yang bakal bertandang esok lusa. MIL akan kembali ke rumah Uchu selepas seminggu dah berada di rumah anaknya yang lain, pergi nengok cicit baru lahir. Bila ada MIL kat rumah, insyaallah bersilih ganti yang datang ziarah.

Cara Memasak
- 1
Cairkan gula sehingga keperangan, kacau rata. Gunakan api kecil atau sederhana sahaja.
- 2
Teruskan panaskan gula karamel sehingga mengembang dan ‘berbuih’ halus. Masukkan air panas mendidih secara berhati-hati. Kacau rata.
- 3
Masukkan butter. Kacau rata sehingga butter larut. Ketepikan.
- 4
Campurkan telur dengan esen vanila. Kacau sehingga putih dan kuning telur bercampur sebati sahaja. Masukkan susu dalam telur. Kacau sebati.
- 5
Campurkan bancuhan telur dengan karamel. Kacau sebati.
- 6
Ayak tepung gandum bersama baking soda dan soda bikarbonat. Masukkan tepung sedikit demi sedikit ke dalam adunan karamel-telur sambil kacau sebati sahaja.
- 7
Tapis adunan kek ke dalam jug untuk memudahkan kerja.
- 8
Tuangkan adunan kek ke dalam loyang yang dialas dengan baking paper yang digris dengan butter dan lapisan nipis tepung pada baking paper dan dinding loyang. (Uchu tak perap)
- 9
Panaskan oven pada suhu 170c. Bakar kek pada selama 45 minit menggunakan api bawah sahaja supaya kek naik bersarang. Kemudian bakar pada suhu 145c selama 15-20 minit menggunakan api atas sahaja. Keluarkan kek dari oven, kirai bahagian tepi kek. Biarkan sejuk sebelum dikeluarkan. (Oven Uchu tak boleh guna api atas/bawah sahaja 🥲)
- 10
Kek lebih sedap dan ‘naik gula’ berkilat pada permukaannya selepas semalaman (6 jam +). Sedia dipotong.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen (2)