Umbut Kelapa Masak Lemak Putih

#221/1078/2026
#1078/2000
#CookpadApron2026
Hometown Fave
:
Umbut Kelapa ialah isi bahagian dalam pucuk daun kelapa yang putih, lembut dan manis.
Di Kelantan Umbut Kelapa dipanggil Umbut Nyor.Ia biasanya dimasak sewaktu ada majlis kenduri kahwin @ majlis kesyukuran dan juga jamuan keluarga.
Di Kelantan,selain dari dimasak bersama Kari @ Gulai Daging,Umbut Kelapa juga sedap dibuat Acar,Kerabu dan juga Masak Lemak Putih Gaya Kelantan.
Umbut Kelapa Masak Lemak Putih,hidangan tradisi yang sedap dimakan bersama nasi putih panas-panas.

Cara Memasak
- 1
Siapkan bahan-bahannya.
- 2
- 3
Buang bahagian keras umbut kelapa,ambil bahagian putih yang lembut sahaja
- 4
Potong nipis umbut kelapa.Rendam dalam secukupnya air supaya umbut tidak berubah warna.Buat sampai habis.
- 5
Masak secukupnya air tapis,tunggu hingga mendidih.
- 6
Sementara menunggu air mendidih,buang air rendaman potongan umbut kelapa.Bilas dan toskan.Masukkan ke dalam air mendidih tadi.Celur dalam 3 minit,angkat dan toskan.Ketepikan.
- 7
Masukkan lada hitam dan bawang merah ditumbuk kasar ke dalam periuk bersama isi ikan selar yang telah ditumbuk halus.
- 8
Masukkan santan pekat segera bersama air tapis,kacau.Masak hingga mendidih.
- 9
Masukkan umbut kelapa bersama cili / lada solok dan garam himalaya.Masak hingga mendidih sekali lagi dalam 5 minit.Seimbangkan rasa.Siap.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen