Sotong Masak Kicap Mudah

Cookpad Apron Challenge 2026 : Seafood Time!
Salah satu menu masakan sotong yang paling disukai oleh ahli keluarga saya. Sangat mudah untuk menyediakan nya. Sedap dimakan ketika masih panas.
Sotong Masak Kicap Mudah
Cookpad Apron Challenge 2026 : Seafood Time!
Salah satu menu masakan sotong yang paling disukai oleh ahli keluarga saya. Sangat mudah untuk menyediakan nya. Sedap dimakan ketika masih panas.
Cara Memasak
- 1
Sotong disiang dan dicuci. Potong dan toskan. Panaskan minyak. Masukkan cili kering, serai, bawang merah dan bawang putih. Tumis dengan api sederhana sehingga naik bau.
- 2
Masukkan kicap pedas manis Mashuri, air dan Maggi Cukup Rasa. Kacau rata dan biarkan mendidih perlahan selama 2–3 minit. Rasa kuah dahulu sebelum menambah kicap atau perasa.
- 3
Masukkan sotong dan kacau rata. Masak sehingga sotong mula bertukar warna. Jangan masak terlalu lama pada peringkat ini supaya sotong tidak liat. Bancuh 1 tepung jagung dengan sedikit air. Tuangkan sedikit demi sedikit sambil dikacau.
- 4
Masak selama kira-kira 30–60 saat sehingga kuah menjadi pekat dan melekat pada sotong. Tutup api, boleh lah diangkat dan dihidangkan bersama nasi putih.
Tip
Jangan terlebih air. Mulakan dengan 3 sudu besar dahulu kerana sotong akan mengeluarkan air semasa dimasak.
Untuk sotong lebih lembut, masak sekejap sahaja sehingga masak. Jika dimasak terlalu lama pada api sederhana, sotong boleh menjadi liat.
Sudah mencuba resipi ini? Hantar Cooksnap anda!
Beritahu Dapur Yusfarisyia bagaimana hasilnya.
Berterima kasih dengan sekeping foto
Seseorang telah memasak resipi anda dan menghantar Cooksnap!

Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi










Komen