Red Velvet Cheese Brownies (RVCB)

RVCB ni la dessert yang saya nak makan sangat masa birthday saya tempoh hari. Tapi, masa tu bulan puasa & saya tak ada rasa excited nak membuatnya. Daripada buat tak bersungguh & ada kemungkinan tak menjadi, lebih baik saya tangguhkan.
Alhamdulillah, kelmarin saya buat & menjadi dengan baik sekali 😊.
.
Tqvm insan-insan hebat Kak @shiela.d.dapoq, Kak @azlitaaziz & Kak Diana (skybluemelleymey) untuk original recipe, tips & idea. U know what I mean 😊.
.
Memandangkan red velvet & cheese merupakan favourite saya, jadi, saya buat versi lapisan cheese yang tebal walaupun saya hanya buat 1/2 dari resipi browniesnya. Puas hati. Tqvm again akak-akak semua. Habis kebanyakan blog saya rujuk semata-mata nak buat RVCB ni. Takut kalau tak jadi, membazir pulak nanti 😁.

Cara Memasak
- 1
Cairkan mentega & campurkan bersama dengan minyak jagung.
- 2
Ayak tepung kek & serbuk koko.
- 3
Campurkan yogurt & pewarna merah. Kacau sehingga sekata.
- 4
Masukkan gula kastor & telur ke dalam mangkuk. Pukul sehingga sebati selama +-1 minit dengan menggunakan mixer.
- 5
Masukkan campuran mentega cair & minyak jagung. Pukul seketika sehingga sebati.
- 6
Masukkan yogurt & pewarna merah yang telah dibancuh. Pukul lagi selama +- 30 saat.
- 7
Masukkan tepung & serbuk koko yang telah diayak sedikit demi sedikit. Pukul sekadar sebati sahaja.
- 8
Masukkan pes vanila. Pada masa yang sama, satukan jus lemon & soda bikarbonat ke dalam bekas kecil. Kacau rata & masukkan terus ke dalam adunan brownies. Pukul seketika selama +-30 saat.
- 9
Ketepikan 2 sdb adunan yang akan digunakan untuk membuat corak pada lapisan atas.
- 10
Masukkan adunan ke dalam loyang bersaiz 7 inci x 7 inci yang telah digris dengan mentega & dialas dengan kertas pembakar yang dilebihkan sedikit supaya mudah untuk dikeluarkan nanti. Ratakan.
- 11
Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C/ api atas bawah/ rak tengah selama 40-50 minit.
- 12
Semasa brownies sedang dibakar, boleh sediakan untuk lapisan keju.
- 13
Pukul krim keju dengan mixer sehingga berkrim.
- 14
Masukkan gula aising & pukul lagi sehingga sebati.
- 15
Masukkan telur. Pukul seketika sehingga sebati.
- 16
Masukkan pula jus lemon. Kaup balik sehingga rata.
- 17
Setelah brownies masak & masih panas, tuangkan adunan keju & ratakan.
- 18
Letakkan adunan brownies & corakkan mengikut kreativiti masing-masing.
- 19
Bakar di dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 150C/ api atas bawah/ rak tengah selama 30 minit.
- 20
Setelah 30 minit, biarkan brownies seketika di dalam oven selama 10 minit sebelum dikeluarkan & disejukkan sepenuhnya sebelum dipotong.
- 21
Nota:
- Resipi lapisan krim keju sesuai untuk brownies berukukuran 10 inci x 10 inci. Gandakan resipi lapisan brownies & gunakan loyang 10 inci x 10 inci supaya lebih seimbang. Saya sukakan lapisan keju yang tebal. Jadi, saya gunakan terus 350g krim keju dalam resipi ini.
- Resipi asal menggunakan suhu 175C untuk membakar lapisan keju.
- Boleh abaikan langkah terakhir dalam resipi ini.
- Sukatan pewarna merah yang digunakan bergantung kepada jenis & jenama pewarna.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen