Sambal Ikan
Resepi dari mak saya, simple sahaja.
Cara Memasak
- 1
Buat dahulu sambal blend iaitu, cili kering di gunting serong, dan direbus. Selepas itu kisar bersama ikan bilis. Nak letak bawang sekali pun boleh. Tapi saya lebih suka bawang ditumbuk agar aroma dan rasanya lebih sedap.
- 2
Goreng ikan, sediakan bawang-bawang, belah agar mudah untuk ditumbuk bersama cili masak nanti.
- 3
Panaskan kuali, minyak dah panas, letak sambal di kisar dan di tumbuk. Biarkan sehingga pecah minyak. Letak air asam jawa. Sambal dah masak, boleh letak garam. Kacau sebatikan, akhir sekali letak ikan dan gaul kaup balik bagi sambal sekata keseluruhan pada ikan. Siap, boleh makan.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi
https://cookpad.wasmer.app/my/recipes/13716702








Komen