Spaghetti Tuna

Resepi yang menyelerakan ni sangat mudah untuk disediakan. Tak sampai 30 minit pun boleh siap.
Spaghetti Tuna
Resepi yang menyelerakan ni sangat mudah untuk disediakan. Tak sampai 30 minit pun boleh siap.
Cara Memasak
- 1
Rebus air bersama sedikit minyak dan garam. Setelah mendidih, masukkan spaghetti dan rebus sehingga masak dan toskan.
- 2
Asingkan tuna dan olive oil. Sediakan bahan-bahan lain.
- 3
Tumis bawang putih dengan menggunakan minyak olive dari tin tuna. Boleh tambahkan minyak masak sedikit jika kurang.
- 4
Kemudian masukkan chilli flakes dan tuna. Hancurkan sedikit tuna.
- 5
Masukkan tomato ceri dan parsley. Tumis sebentar dan masukkan pula spaghetti yang telah ditoskan. Gaul hingga mesra. Boleh ditambahkan sedikit air rebusan spaghetti jika perlu untuk meleraikan spaghetti semasa menggaul.
- 6
Tutup api dan masukkan garam. Gaul hingga sekata. Siap untuk dihidangkan. Boleh ditaburkan sedikit parmesan cheese semasa dihidangkan untuk lebih padu. 🤤
Carian Teratas bagi
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi













Komen