Cheesy Potato Bread

Kalini nak share resepi roti kentang dengan keju yg tak perlukan yis, telur dan oven. Hanya gunakan kuali untuk memasak. Kredit resepi YT: tablediary
Cheesy Potato Bread
Kalini nak share resepi roti kentang dengan keju yg tak perlukan yis, telur dan oven. Hanya gunakan kuali untuk memasak. Kredit resepi YT: tablediary
Cara Memasak
- 1
Campurkan tepung, susu, garam dan butter.
- 2
Gaul sebati bahan sehingga menjadi doh.
- 3
Uli doh selama 5 minit.
- 4
Bentukkan menjadi satu bola, kemudian balut dengan plastic wrap.
- 5
Masukkan ke dalam peti ais selama 1 jam.
- 6
Sediakan inti kentang- rebus kentang sampai empuk.
- 7
Lenyek kentang dan campurkan mayonis dan lada hitam. Gaul sebati.
- 8
Keluarkan doh selepas 1 jam.
- 9
Canai nipis doh sehingga diameter lebih kurang 22cm.
- 10
Letakkan separuh parutan keju di tengah2 doh.
- 11
Kemudian, letakkan semua adunan kentang di atas keju.
- 12
Letakkan satu lagi lapisan parutan keju dia atas kentang.
- 13
Kemudian, balut inti dengan doh. Pastikan tiada lubang.
- 14
Canai dengan perlahan untuk jadikan bentuk bulat rata.
- 15
Panaskan sedikit mentega di dalam kuali, masukkan doh yang disediakan.
- 16
Selepas doh menjadi keemasan, sapu mentega di bahagian atas sebelum dibalikkan.
- 17
Masak satu lagi bahagian sehingga keemasan.
- 18
Angkat dan hidangkan.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi




Komen (2)