Panna Cotta Mangga

Cuti sekolah dah tiba, moh ler kita buat Panna Cotta Mangga. Makan sejuk-sejuk, rasa nyaman je. Sebelum ni pernah makan kat hotel je. Kali ni buat sendiri. Jimat kos. Masa letakkan filling/ topping boleh libatkan anak-anak untuk letak apa fililing dan buah yang mereka suka. Mesti anak-anak suka dan teruja buat bersama-sama. Riuh rendah di dapur. Nanti jadi memori yang dikenang sampai bila-bila.

Cara Memasak
- 1
Masukkan susu full cream, whipping cream, gula kastor dan esen vanilla. Kacau rata dan buka api sederhana. Masak sehingga naik buih-buih kecil sahaja. Tak perlu masak hingga mendidih. Masukkan gelatin yang telah dicairkan. Kacau sebati dan tutup api. Tapis adunan adunan panna cotta.
- 2
Cara cairkan gelatin: Masukkan serbuk gelatin ke dalam bekas dan tuang air panas, kacau hingga serbuk gelatin larut dan tidak berketul-ketul.
- 3
Tuang adunan panna cotta ke dalam bekas (agak suku bekas)
- 4
Masukkan ke dalam peti sejuk/chiller selama 5 jam dan biarkan hingga beku/keras. Lebih lama di dalam peti sejuk, lebih baik.
- 5
Potong buah mangga. Letakkan filling/topping Mangga. Kemudian letakkan isi mangga yang telah dipotong.
- 6
Letak semula ke dalam peti sejuk/chiller.
- 7
Sedia untuk dimakan sejuk.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen (3)