Permata Zamrud

As salam hampa.. kami nak cerita.. ni kuih jualan kami.. kuih ni paling mudah nak buat bg kami laa.. tapi kami buat ni seminggu sekali.. selit2 dgn kuih lain.. sbb kuih ni x boleh nak frozen.. jadi kalu nak buat hari2 nanti org jemu pulk.. kami br start niaga blik awal bulan dec 2023 tahun lps..sampai la sekarang.. Alhamdulillah.. Allah beri kecukupan rezeki.. sapa nak cuba kuih ni silakan...

Cara Memasak
- 1
Cara Masak inti kelapa
1. Dalam kuali, masak gula merah, gula putih dan air. Masukkan daun pandan sehingga gula larut.
2. Selepas gula larut, masukkan kelapa parut dan gaul sebati.
3. Apabila sudah kering, masukkan tepung gandum dan tutup api.
4. Biarkan sejuk. Kemudian bulat-bulatkan. Ketepikan. - 2
Bila dah sejuk kami bulat2kan lagu ni... Senang kerja
- 3
CARA BUAT ADUNAN SIRAP
1. Campurkan tepung pulut, tepung gandum dan garam.
2. Tuang air sedikit demi sedikit. Kemudian letak pewarna sirap. Uli sebati hingga jadi doh.
3. Ambil doh dan bulatkan. Leperkan sedikit untuk senang masukkan inti.
4. Tutup semula dan bentukkan bulat-bulat.
5. Masukkan dalam bekas kuih lompang yang sudah disapu sedikit minyak masak.
6. Sudah siap, ketepikan. - 4
CARA MEMBUAT ADUNAN PUTIH
1. Untuk adunan putih pula, campurkan semua bahan dalam periuk.
2. Masak sehingga sedikit pekat tapi jangan likat sangat.
3. Apabila siap, tutup api.
Gamboo adunan putih tlupa nak snap.. - 5
CARA MEMASAK
1. Tuangkan adunan putih ke dalam acuan lompang. Jangan isi penuh sangat.
2. Ulangi langkah ini sampai habis adunan.
3. Panaskan pengukus.
4. Kukus selama 15 minit dengan api sederhana. - 6
Dah siap kukus.. sejukkan dulu.. barulah boleh di hidang....
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen