One Pot Nasi Minyak Ayam Goreng

Global Apron 2024 Challenge 11: One-Pot Meal
Dari hari raya hari tu lagi teringin nak makan nasi minyak simple tapi tak terbuat gara-gara demam. Apabila pergi ke rumah kakak nombor dua, dia ada buat nasi briyani. Apa lagi? Tercapai jugak lah craving tu walaupun nama menu tu tak sama termasuk cara memasak nya dan warna nya pun tak sama tetapi rasa nya seakan sama sebab ada penggunaan beras basmati, minyak sapi, daun pandan dan susu cair.
Hari ni nak juga buat nasi minyak simple, alang-alang tu campur jer dengan ayam goreng dan terung masak dalam satu periuk.
#GlobalApron2024
Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-
Ayam (1) + beras (R) + daun pandan (1) + halia (R) + minyak sapi (3) + terung (1) + tomato (R) + serbuk lada hitam (R)
One Pot Nasi Minyak Ayam Goreng
Global Apron 2024 Challenge 11: One-Pot Meal
Dari hari raya hari tu lagi teringin nak makan nasi minyak simple tapi tak terbuat gara-gara demam. Apabila pergi ke rumah kakak nombor dua, dia ada buat nasi briyani. Apa lagi? Tercapai jugak lah craving tu walaupun nama menu tu tak sama termasuk cara memasak nya dan warna nya pun tak sama tetapi rasa nya seakan sama sebab ada penggunaan beras basmati, minyak sapi, daun pandan dan susu cair.
Hari ni nak juga buat nasi minyak simple, alang-alang tu campur jer dengan ayam goreng dan terung masak dalam satu periuk.
#GlobalApron2024
Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-
Ayam (1) + beras (R) + daun pandan (1) + halia (R) + minyak sapi (3) + terung (1) + tomato (R) + serbuk lada hitam (R)
Cara Memasak
- 1
Perap ayam bersama bahan-bahan* dan biar 2-3 jam. Tujuan saya cucuk-cucuk isi ayam tu supaya bahan perapan cepat meresap ke dalam isi yang tebal. Kalau dipotong kecil tak perlu dicucuk-cucuk.
- 2
Terung dicuci dan dipotong, lumur dengan sedikit serbuk lada hitamdan minyak zaitun, biarkan seketika. Beras basmathi dicuci dan direndam 10-15 minit, toskan.
- 3
Panaskan minyak masak di dalam periuk, guna api kecil. Goreng kacang gajus hingga kekuningan, angkat dan ketepikan. Goreng pula ayam hingga keperangan. Angkat dan ketepikan.
- 4
Goreng sekejap terung, angkat dan ketepikan. Guna penapis kecil untuk membuang serdak lebihan menggoreng ayam tadi. Tambah sedikit lagi minyak masak dan campurkan minyak sapi. Kisarkan bahan kisar/tumbuk**
- 5
Tumis bahan kisar/tumbuk** berdama 3 sekawan dan daun pandan hingga kekuningan. Masukkan air dan oren sunquick.
- 6
Masukkan serbuk kunyit dan susu cair, gaul rata dan mendidih, masukkan garam dan serbuk perasa.
- 7
Masukkan beras, kacau rata. Adjust rasa mengikut sesuai selera. Masukkan ayam dan terung goreng tadi. Tutupkan periuk dan tanak nasi hingga kering air nya.
- 8
Kecilkan api dan buka penutup periuk, gembur-gemburkan nasi dan tabur kismis kuning, kacang gajus dan daun parsli, masak lagi sekitar 3-5 minit.
- 9
Untuk acar mentah, satukan kesemua bahan dan adjust rasa mengikut sesuai selera. Sedia untuk dihidangkan.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
One Pot Macaroni Soup One Pot Macaroni Soup
Global Apron 2024 Challenge 11: One-Pot MealDemam kejap kebah kejap datang lagi terutama nya suhu panas badan. Hidung pun dah rasa berapi macam naga. Takde selera nak makan nasi, dah berapa hari nasi dimasak tapi tak terusik, simpan dalam peti sejuk jer. Nak makan sesuatu yang boleh dihirup, dan masa yang sama nak menu yang lengkap dengan semua nutrien. Masak one pot meal jer lah jawab nya. Kita buat yang simple-simple jer, janji perut kenyang.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Ayam (1) + halia (R) + kacang merah (2) + kacang peas (2) + kentang (R) + lada hitam (R) + tomato (1) Dapur Yusfarisyia -
Kerabu Ayam Goreng Kerabu Ayam Goreng
Global Apron 2024 Challenge 23: PUTIH 🤍#MerdekaMonth #Ogos #WarnaJalurGemilang 🇲🇾Hari ni masak yang simple jer, goreng ayam dan campur dengan bahan sayuran yang lain. Tambah bahan perasa seperti masam, manis, masin, pedas.. Alhamdulillah sedappp 😋#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Lobak putih (2) + putih telur (1) + tepung beras (R) + tepung gandum (R) + white meat (1) Dapur Yusfarisyia -
One Pot Rice Porridge One Pot Rice Porridge
Global Apron 2024 Challenge 11: One-Pot MealDemam b'ulang kali mlanda kami skluarga. Batuk, selsema & skit kepala. Bdn kjp pns kjp sejuk adeh, mmg tak mjadi kja dibuat nya. Si dara dah 5 hari ambil cuti skit, demam nya dah kebah cuma tggl batuk jer lg. Suami sy plk, baru jer sembuh drpd demam bbrp hari lps. Skrg ni demam balik gara2 mnahan ksejukan hmpir stgh hari mnemani sy mjalani ujian rawatan di Pusat Jantung Sarawak pd hari Khamis lps. Dia tlupa mbawa bju jaket tebal nya, kat Pusat Jantung tu aircond nya mmg sejuk giler. Tmpt nya jgk bsr & luas. Bilik ujian rawatan tu plk tletak jauh ke dlm & prlu ambil msa utk prgi ke pintu luar skira nya tak thn sejuk. Apa kan daya dia tak smpai hati nk biarkan sy seorg diri mbuat ujian rawatan tu, nk tak nk dia terus mnemani sy tkut sekira nya blaku kcemasan kpd sy swaktu prosedur ujian rawatan tu. 2 hari slps ujian rawatan tu namun kesan ubat spray di bwh lidah sy mberi kesan pening hgga ke hari ni wlaupun tak lah steruk pd hari ujian rawatan tu mbuatkan sy mrasa tak larat nak mbuat kja2 rmh tmsuk mmsk. Ingatkan nk msk bubur nasi jer hari ni, lauk nnti nk srh si dara pergi beli di luar tp tak jd krn tfikir nk buat bubur nasi cmpur daging sbb suami sy suka mkn daging. Alang2 tu terus tfikir nk buat utk cabaran 11 Global Apron. Asbab rsa tak sihat, dpt idea nk msk apa. 🤭 Alhamdulillah suami suka mkn, licin semangkuk.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Beras (1) + daging (3) + halia (1) + lada hitam (1) Dapur Yusfarisyia -
Sup Ayam Ringkas Sup Ayam Ringkas
Global Apron 2024 Challenge 18: Rainy Day ☔️Hari ni serba serbi tak kena rasa nya. Ada-ada je yang menghalang saya daripada membuat sesuatu kerja. Asyik tergendala. Jadi nya tak tahu nak buat kerja yang mana dulu. Dengan keadaan mata yang selalu terasa pedih dan berair menyukarkan pandangan. Tapi yang pasti nya perut perlu dialas dengan makanan biar pun makanan yang ringkas dan mudah, yang penting ada untuk dimakan. Best dapat hirup panas-panas, dapat pulak makan kentang lebih jadi nasi pun cuma ambil sesudu dua jer.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Ayam (1) + buah pelaga (1) + bunga lawang (1) + cengkih (1) + cili padi (R) + halia (1) + kulit kayu manis (1) + lada hitam (R) + lada sulah (1) + lobak merah (R) Dapur Yusfarisyia -
Nasi Lemak Pandan Nasi Lemak Pandan
Global Apron 2024 Challenge 21: WarisanLama dah tak masak nasi lemak. Dulu-dulu nasi lemak yang dijual memang letak ikan masin, kacang tanah, timun, telur rebus dan sambal tumis. Tak pernah jumpa pun yang dicampur ayam goreng. Namun sekarang ni pelbagai variasi nasi lemak yang dijual, ada nasi lemak kukus, sambal sotong, ayam goreng, telur dadar yang ditambah.Paling saya suka apabila nasi lemak dibungkus di dalam daun pisang. Bila dibuka bungkusan nya, hmm.. Harum nya dari jauh pun boleh hidu, terus rasa lapar. Nasi lemak mak saya mungkin tak sama dengan nasi lemak yang lain kerana ada campuran jintan manis. Itu lah keunikan nasi lemak resipi keluarga kami yang diwarisi kepada kami sehingga kini. Akan diwarisi kepada anak, cucu dan cicit serta generasi baru nanti, insha Allah.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Asam jawa (R) + cili (R) + ikan masin (2) + limau kasturi (1) Dapur Yusfarisyia -
Pau Kukus Cendawan & Red Mung Beans (2 in 1) Pau Kukus Cendawan & Red Mung Beans (2 in 1)
Global Apron 2024 Challenge 27: CHINESE FOOD#MerdekaMonth #MalaysiaMonth🇲🇾 #HariMalaysiake61 #16SeptemberLama dah tak buat pau kukus. Suka tengok pau kukus kaum cina, besar, putih dan gebu pau nya.Untuk cabaran 27 (Chinese Food) saya buat pau inti savoury dan inti manis dengan menggunakan adunan yang sama. Di sini saya taip sukatan bahan-bahan untuk setengah adunan tetapi sebenar nya saya gandakan adunan kerana saya memggunakan dua jenis inti. Makna nya kesemua bahan doh diganda dua.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Daun bawang (R) + kicap masin (R) + red mung beans (2) + minyak bijan (R) + shitake mushroom (2) + soft tofu (1) + sos tiram (R) + taucu (2) + tepung hong kong (2) Dapur Yusfarisyia -
Tom Yum Pla (Thai Spicy & Sour Fish Soup) Tom Yum Pla (Thai Spicy & Sour Fish Soup)
Global Apron 2024 Challenge 33: A Taste of Thai 🇹🇭CHALLENGE 33: A TASTE OF THAI 🇹🇭Tom yum pla, sup ikan Thai yang sihat dan menyegarkan dengan kelazatan asli. Bayangkan ikan segar dalam sup yang diselitkan rasa pedas dan masam. Sup ini adalah makanan ruji dalam masakan Thai dan sering disediakan dengan serai, halia, lengkuas dan daun limau purut.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :Cili kering (1) + cili thai (R) + daun ketumbar (R) + daun limau purut (1) + halia (1) + ikan siakap (3) + lengkuas (1) + limau nipis (R) + serai (1) + sos nampla (R) + tomato (R) Dapur Yusfarisyia -
One-Pot Meal: Nasi Ayam Rice Cooker One-Pot Meal: Nasi Ayam Rice Cooker
Memang inilah antara nasi ayam yang paling mudah atas dunia. Pagi-pagi pun sempat je buat ni untuk bekal ke pejabat.ayam (1 point)beras (1 point)daun pandan (1 point)halia (1 point)minyak sapi (3 point)7 points#GlobalApron2024 #challenge11 #onepotmeal Nihadriz Niha -
Nasi Goreng Daging Nanas Nasi Goreng Daging Nanas
Global Apron 2024 Challenge 17: SukahatiDah berapa hari ni tak makan nasi. Asyik makan mi jer. Mi pulak macam-macam jenis mi dan menu mi nya pulak lain-lain. Masak nasi seperiuk kecil pun tak terusik. Akhir nya sedekah pada burung-burung dan ayam-ayam jiran. Bila saya tak masak nasi, elok pulak tanya "mama ada masak nasi tak?" Selalu anak dara balik kerja, lepas mandi keluar pergi makan kat luar dengan kekawan dia. Kalau tak pun dia tapaw bawa balik. Cik suami pun dah lali sangat dengan perangai saya kalau masakan tak habis dimakan dan asyik keluar masuk keluar masuk dalam freezer, saya akan mogok tak nak masak. Biar padan muka diorang tu 😅 Nak makan pandai-pandai lah usahakan sendiri sebab bila saya dah masak, makan malam mereka tetap mi segera. Makanan lebih tu siapa nak habiskan?Ada lebihan nasi sejuk yang dimasak anak dara saya semalam dalam 1 1/2 cawan jer lagi. Kalau tak dimakan, ke tong sampah atau rezeki burung dan ayam jadi nya. Ngam lah untuk tambah satu lagi resipi untuk cabaran 17.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Lada benggala (2) + lembu (R) + nasi sejuk (1) + nenas (1) Dapur Yusfarisyia -
Thai Popcorn Chicken Thai Popcorn Chicken
Global Apron 2024 Challenge 33: A Taste of Thai 🇹🇭CHALLENGE 33: A TASTE OF THAI 🇹🇭Suka sangat resipi ayam goreng rangup ni ditambah pula rasa sos nya manis, masam dan masin serta rasa daun limau purut tu menambah lagi rasa keunikan nya.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :Ayam (R) + daun limau purut (R) + limau nipis (R) + sos cili thai (2) + sos tiram (R) Dapur Yusfarisyia -
Masak Lemak Udang, Labu Kuning & Cencaluk Masak Lemak Udang, Labu Kuning & Cencaluk
CHALLENGE 28: MALAY FOOD#MerdekaMonth #MalaysiaMonth🇲🇾 #HariMalaysiake61 #16SeptemberMasih tak boleh lupa rasa sedap masak lemak pucuk labu, labu kuning dan cencaluk 3 hari lepas, si dara minta lagi dibuat kali ni campur udang pulak. Alang-alang nak buat untuk masuk cabaran 28 (Malay Food), saya tambah lagi satu bahan ia itu cekur. Gigih korek cekur yang ditanam di dalam pasu, daun nya menjadi subur tetapi ubi nya kecik-kecik jer. Dapat sedikit pun kira bersyukur lah jugak. Kalau bubuh banyak, karang si dara tak nak makan sebab dia boleh tahu maklum lah deria rempah ratus nya kuat 😆 sikit jer dia boleh tahu.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Cekur (2) + cencaluk (R) + (5 BONUS POINT per resipi) + cili padi (R) + daun kunyit (1) + kunyit basah (R) + santan (R) + serai (R) Dapur Yusfarisyia -
One Pot Bubur Pedas Sarawak One Pot Bubur Pedas Sarawak
Global Apron 2024 Challenge 11: One-Pot MealSebut jer bubur mesti tfikir ssuatu yg manis kan? Ha! Tak smesti nya. Mcm bubur nasi, ada rasa savoury baru lah ngam dgn nya. Tak tkecuali dgn bubur pedas Sarawak, jg ada rasa savoury.Utk resipi one pot ni sesuai sgt buat bubur pedas ni. Dlm ramuan rempah bubur pedas itu sndiri mmg sudah ada beras yg telah dijemur dan dikisar bsama bhn2 lain. Kira lengkap, ada mgandungi karbohidrat, protein, lemak, sayur all-in-one. Bhn2 lain blh ikut sesuai selera msing2, lg byk bhn lg sdp. Bubur pedas ni selalu dibuat ketika bln ramadan di Sarawak. Selalu nya ketika wktu bbuka penuh mknan di atas meja dari pelbgai jenis air, kuih-muih hgga ke lauk-pauk. Nafsu di bln ramadan mmg nmpk tamak, smua sdp, nk mkn smua tp akhir nya tak dpt mghbiskan smua nya. Cth nya bubur pedas ni, klau dulu dimkn dgn nasi tp nasi nya tak t'usik pun. Diratah begitu jer. Dari situ lah, kebykan drpd kami lbh suka ratah jer mmg dah tak mkn dgn nasi lg dah ckup kenyang. Klau nk jg mkn dgn nasi pun no hal. Ikut selera msing2. Jom tgk bhn2 yg sy gunakan utk msk bubur pedas pd kali ini. Ini kira yg simple jer tp bhn2 nya pun tak kurang jg byk nya. Klau nk msk sdikit blh bhgikan sukatan di bwh.#GlobalApron2024Bahan-bahan COOKPAD MAGIC PANTRY :-Cauliflower (1) + daging (R) + halia (R) + kentang (1) + santan (1) Dapur Yusfarisyia
Lebih Banyak Resipi
Komen (2)