Kuih Tepung Pelita

#RaikanRamadhan
#Ramadhan2026
Tiap kali bulan Ramadan,kuih tepung pelita adalah kuih yang paling dinanti nantikan.Rasa kuih ini sedap.Manis dan Lemak Masin Berkrim.Kalau beli,harganya boleh tahan mahal.Buat sendiri dapat makan dengan puas.Kuih tepung pelita ini dia tidak keras tidak lembek.Ianya lembut sahaja..Sedap sangat.
Kuih Tepung Pelita
#RaikanRamadhan
#Ramadhan2026
Tiap kali bulan Ramadan,kuih tepung pelita adalah kuih yang paling dinanti nantikan.Rasa kuih ini sedap.Manis dan Lemak Masin Berkrim.Kalau beli,harganya boleh tahan mahal.Buat sendiri dapat makan dengan puas.Kuih tepung pelita ini dia tidak keras tidak lembek.Ianya lembut sahaja..Sedap sangat.
Cara Memasak
- 1
Cuci daun pandan dan potong-potongkan.
- 2
Letak air dan kisar sehingga lumat.
- 3
Tapiskan.Ambil airnya sahaja.
- 4
Kemudian masukkan gula kedalam air pandan tadi.
- 5
Kemudian masukkan tepung beras kedalam bekas yang sama.
- 6
Letak garam dan kacau sebati.Setelah sebati,boleh lah hidupkan api.Guna api sederhana atau kecil.Jangan besar nanti hangit.
- 7
Sementara tunggu lapisan bawah masak,sediakan bekas dan taburkan sedikit gula didasar bekas.
- 8
Begini lah kejadiannya.Sentiasa perlu dikacau ye supaya tidak hangus di dasarnya.Abaikan bunyi ayam tu ye🤭..Boleh pula tengah rakam ayam berkokok😂
- 9
Setelah itu masukkan adunan hijau kedalam bekas.letak setengah bekas sahaja.Biarkan sejuk
- 10
Sementara itu buat lapis atasnya pula.Saya guna santan pekat.Santan Fresh.
- 11
Campur semua bahan dan kacau sebati.
- 12
Setelah itu masakkan sehingga pekat atau meletup menggunakan api sederhana atau kecil.Perlu sentiasa di kacau.
- 13
Beginilah keadaannya sebelum dipadam api.Abaikan suara anak saya tu ye🤭...
- 14
Setelah itu,boleh lah letak diatas lapisan hijau tadi.Buat sehingga habis.
- 15
Setelah itu,biarkan ianya sejuk terlebih dahulu sebelum di makan.
- 16
Selamat Mencuba.Ikhlas dari saya Yatie Fy
Carian Teratas bagi
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi






























Komen