Kek Lapis Aiskrim Pelangi Cheese

Kek lapis last untuk raya nanti. Lepas ni melapis masa raya haji pula. Selamat Hari Raya semua... Resepi Dari FB AliciaAyung@MrsUvang
Kek Lapis Aiskrim Pelangi Cheese
Kek lapis last untuk raya nanti. Lepas ni melapis masa raya haji pula. Selamat Hari Raya semua... Resepi Dari FB AliciaAyung@MrsUvang
Cara Memasak
- 1
Putar mentega, gula kastor & ovalette sampai kembang.
- 2
Masukkan telur satu persatu. Putar sampai sebati. Kemudian baru masukkan esen vanila, susu pekat & cream cheese. Putar lagi sampai sebati.
- 3
Masukkan tepung gandum, Horlicks, aiskrim powder. Putar sebati dgn speed perlahan.
- 4
Bahagi adunan kepada 2 bahagian. Bahagian pertama letak pewarna putih sebanyak 5 lapis. Bahagian ke-2 bahagi kepada 6 bahagian iaitu warna pelangi. Setiap warna sebanyak 2 lapis.
- 5
Bakar berlapis sampai habis mengikut turutan warna pelangi berselang-seli dgn warna putih. (corak lapisan bergantung kpd kreativiti masing2)
- 6
Guna loyang 9"x9" untuk kek yang sederhana tinggi. Guna loyang 8"x8" untuk yang suka hasil kek tinggi.
- 7
Lapisan pertama guna api atas & bawah. Lapisan kedua & seterusnya sampai habis guna api atas sahaja.
- 8
Lepas kek masak, biarkan sejuk sebentar pada suhu bilik, baru keluarkan dari loyang. Dinasihatkan simpan semalaman dulu dlm peti sejuk supaya kek lebih cantik & kemas potongannya
Carian Teratas bagi
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi






Komen (2)