Sourdough Hot Dog Buns

Hot dog memang kesukaan kami.
Selalunya saya akan buat sendiri roti hot dog dan seperti biasa saya mencampurkan tepung wholemeal kerana saya sukakan rasanya.
Sourdough Hot Dog Buns
Hot dog memang kesukaan kami.
Selalunya saya akan buat sendiri roti hot dog dan seperti biasa saya mencampurkan tepung wholemeal kerana saya sukakan rasanya.
Cara Memasak
- 1
Dalam mangkuk mixer, satukan semua bahan doh.
Uli sehingga doh elastik.
Bulatkan dan ketepikan sehingga doh naik 2 kali ganda.Bila doh sudah double, masukkan doh ke dalam peti ais selama 1 jam atau sehingga doh sejuk.
Tujuannya adalah supaya senang untuk kita bentukkan doh bila doh sejuk.
Tetapi jika hendak terus bentukkan doh tanpa masukkan ke dalam peti ais pun boleh juga. - 2
Keluarkan doh ke atas baking mat yang diletakkan dengan sedikit tepung.
Masa ini doh amat senang hendak dikeluarkan dari mangkuk mixer kerana sejuk.Bahagi doh kepada 6 bebola seberat +-100g, kemudian rehatkan selama 10 minit.
Selepas 10 minit, bolehlah bentukkan doh.
- 3
Masukkan doh hot dog yang siap dibentuk ke dalam loyang. Saya guna paper baking mould.
Ketepikan doh sehingga doh double.Bila doh sudah double, sapu egg wash pada permukaan doh dan tabur dengan bijan.
- 4
Masukkan doh hot dog ke dalam oven yang telah di panaskan terlebih dahulu pada suhu 200c.
Bakar doh selama 20 minit kemudian turunkan suhu ke 180c dan sambung bakar dalam +-10 minit atau sehingga bun masak.
Keluarkan bun hot dog dari oven dan sapu permukaannya dengan butter.
Pindahkan ke cooling rack. - 5
Sedia untuk dibuat hot dog. Nyum Nyum
Carian Teratas bagi
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi















Komen