Crunchy Waffle #phopbylinimohd #batch17

Rasanya garing diluar lembut di dalam. Enak dimakan bersama aiskrim dan jam buah2an .
Jam coklat pun sedaaap! #phopbyrosehassan #cookpadmalaysia #phopbylinimohd
Crunchy Waffle #phopbylinimohd #batch17
Rasanya garing diluar lembut di dalam. Enak dimakan bersama aiskrim dan jam buah2an .
Jam coklat pun sedaaap! #phopbyrosehassan #cookpadmalaysia #phopbylinimohd
Cara Memasak
- 1
Pisahkan telur kuning dan telur putih. ambil telur kuning, campurkan dengan susu, minyak, esen vanila, kacau sampai bercampur.
- 2
Ayak tepung gandum, tepung jagung, serbuk penaik dan garam. masukkan dalam bahan basah tadi. biar dalam 15 minit.
- 3
Pukul telur putih hingga jadi soft peak (telur putih melekat pada pengadun dalam bentuk kon). masukkan gula tadi.
- 4
Kaup balikkan telur putih dalam adunan waffle selebihnya. Caranya, masukkan sedkit adunan waffle dalam putih telur, gaul sekejap, kemudian masukkan ia ke dalam adunan selebihnya. Jangan terlebih kacau.
- 5
Pastikan wafflemaker telah betul-betul panas, kemudian tuang adunan (hati-hati jangan sampai melimpah). biar tiga minit atau sehingga kuning keemasan dan wap air pada wafflemaker berkurangan.
- 6
Sejukkan atas redai kek sementara habiskan adunan selebihnya. Boleh dimakan dengan jem atau nutella.
- 7
Jika ada lebihan waffle, boleh disimpan dalam freezer dan dimakan hari lain. cuma toast ia dalam setting paling rendah.
p.s. jika mahu lebih rangup, lepas masak boleh toastkan lagi dalam setting paling rendah. luar akan lebih garing.
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi



Komen