👩🍳Sup Tulang Ala-Thai

Masak Daging Korban 🍛🐄
Setiap kali Hari Raya Korban, wajib masak sup tulang. Kali ini kita campur tulang bersama sedikit daging. Mudah dan cepat nak lembutkan tulang dan daging dengan bantuan periuk serbaguna / tekanan Noxxa.
👩🍳Sup Tulang Ala-Thai
Masak Daging Korban 🍛🐄
Setiap kali Hari Raya Korban, wajib masak sup tulang. Kali ini kita campur tulang bersama sedikit daging. Mudah dan cepat nak lembutkan tulang dan daging dengan bantuan periuk serbaguna / tekanan Noxxa.
Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan- bahan
- 2
Didalam periuk masukkan air dan semua bahan untuk rebus tulang. Rebus tulang dan daging dengan menggunakan periuk tekanan (pressure cooker) selama 35 minit.
- 3
Selepas 35 minit, buka penutup. Guna mode ‘stir fry’ Masukkan perencah sup tulang dan perencah sup siam. Gaul rata. Biar mendidih.
Masukkan daun limau purut, cili padi dan tomato. Gaul rata. Biar mendidih.
- 4
Didalam kuali berasingan, panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan tumis: rempah 4 sekawan, bawang merah, bawang putih dan serai hingga wangi dan kekuningan.Kemudian, terus tuang kedalam campuran sup tadi.
- 5
Kacau rata dan biarkan mendidih seketika. Sesuaikan rasa dengan tambahan garam jika perlu.
Perah jus limau kasturi. Tabur daun sup, daun bawang dan bawang goreng. Siap!
- 6
Sedia untuk dihidang panas.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi















Komen