Baked Potato

Kentang selalu menjadi pengganti nasi dan merupakan salah satu sumber karbohidrat yang cukup digemari oleh ramai orang. Selain karbohidrat, kentang juga kaya dengan pelbagai vitamin dan mineral penting bagi kesihatan tubuh badan. Vitamin dan mineral tersebut adalah kalsium, fosfor, kalium, dan vitamin C.
Kentang bukan sahaja baik untuk kesihatan, tetapi ia akan bertukar menjadi merbahaya apabila tidak disimpan dengan betul dan dibiarkan dalam tempoh yang lama. Kentang yang telah tumbuh tunas kecil-kecil akan menghasilkan solanine. Solanine akan menimbulkan rasa pahit dan beracun apabila dimakan.
Resipi kentang bakar ni sangat ringkas dan mudah, sesiapa pun boleh membuatnya. Sangat sesuai dijadikan kudapan sambil menonton 'movie'
Ia juga boleh dijadikan alternatif untuk berdiet, kerana resipi ini dimasak menggunakan kaedah memanggang yang mana boleh membantu proses menurunkan berat badan. Manakala kentang yang digoreng pula mengandungi lebih banyak lemak trans dan lemak tepu serta kalori yang tinggi sama seperti nasi.
Jangan lupa tambahkan sedikit oregano ke dalam resipi ini. Untuk makluman, satu sudu teh oregano kering dapat memberikan sekitar 8% sumber vitamin K harian pada tubuh badan kita.

Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen