Tomyam Campur

178/Ogos2026/TerusMelangkah3k/
Cookpad6th/2528 #TerusMelangkah3k #1Hari1Resipi
📍Cookpad Apron Challenge 2026 : Masak Cendawan (Week 21) #CookpadApron202
Bahan tomyam ni adalah lebihan buat resipi malatang sebelum ni🤭. Ikutkan nak buat sup je. Tapi suami request nak tomyam. Kebetulan hari khamis tu, suami cuti kecemasan sebab sakit kepala. Jadi tomyam ni kiranya comfort food untuk dia lah.
Cuma tomyam hakak masak Kali ni versi tomyam kedai makan lauk tengahari / nasi campur. Tomyam sebegini biasanya lebih banyak bahan dan kuahnya lebih cair. Tapi rasanya tetap sedap 😋

Cara Memasak
- 1
Cendawan yang digunakan : cendawan enoki dan white crab mushroom
- 2
Masukkan air ke dalam periuk. Kemudian masukkan serai, akar ketumbar, kiub pes tomyam, cili kisar, cili padi dan bawang putih.
- 3
Masukkan ayam. Kacau sebati. Masak sehingga mendidih dan ayam empuk.
- 4
Masukkan kubis, lobak merah,m dan daun limau purut.
- 5
Masukkan white crab mushroom dan bebola steamboat. Didihkan seketika.
- 6
Perasakan dengan garam dan jus limau nipis serta serbuk perasa.
- 7
Tambahkan cendawan enoki dan tomato.
- 8
Masak sehingga mendidih dan tutup api.
- 9
Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba 😋
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen