Wanpaku Telur Dadar

Rosmanita Fsi
Rosmanita Fsi @cook_18435588
Parit Buntar, Perak

#goldenapron #wanpaku
Peminat tegar telur dadar. Makan apapun kadang nak ada telur dadar.hihi.. Jadi kat rumah tak de apa-apa lauk pun kita guna telur saja sebab telur ja sentiasa ada😆 Wanpaku sando yang tak berapa nak sado sebab takut mulut susah nak nganga😂

Wanpaku Telur Dadar

1 orang bercadang membuatnya

#goldenapron #wanpaku
Peminat tegar telur dadar. Makan apapun kadang nak ada telur dadar.hihi.. Jadi kat rumah tak de apa-apa lauk pun kita guna telur saja sebab telur ja sentiasa ada😆 Wanpaku sando yang tak berapa nak sado sebab takut mulut susah nak nganga😂

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Telur Dadar
  2. 3Biji Telur Tanpa Antibiotik Gred A
  3. 1/2biji Cili Merah (potong dadu kecil)
  4. 1/2biji Lobak Merah (potong dadu kecil)
  5. 5 helaiDaun Sup (hiris halus)
  6. 1/2sudu kecil Garam Pink Himalaya
  7. Wanpaku
  8. 1/2biji Lobak Merah (hiris panjang)
  9. 3kelopak Kubis (hiris panjang)
  10. 2kelopak Salad
  11. Sos Lada Hitam Homemade (beli pun boleh)
  12. Sos Cili Homemade (beli pun boleh)
  13. Balutan
  14. Parchment Baking Paper (saiz boleh potong segiempat tepat)

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan - bahan. Satukan semua bahan telur dadar dan kacau/kocok seperti biasa.

  2. 2

    Sapu loyang dengan sedikit minyak disekelilingnya. Letak loyang terus atas dapur dan buka api kecil/sederhana. Bila loyang telah panas masukkan telur dan tutup loyang dengan apa - apa penutup.

  3. 3

    Dalam 3-5minit periksa telur samaada telah masak atau tidak. Tutup api dapur setelah telur masak dan terbalikkan/terlangkup loyang atas piring. Siapkan bahan potong/hiris panjang.

  4. 4

    Ambil 2 keping roti dan letak di tengah - tengah parchment paper. Susun salad dan sayuran lain atas sekeping roti. Sekeping lagi picitkan sos cili dan sos lada hitam di atasnya.

  5. 5

    Potong telur dadar sebesar sekeping roti dan letak atas sayuran. Picit sos-sos dan tutup semula dengan sayuran atau salad sahaja.

  6. 6

    Akhirnya letak roti bersos sebagai penutup. Balut roti dengan kemas dan teliti.

  7. 7

    Gunakan pisau bergerigi untuk mendapatkan hasil potongan yang lebih kemas. Potong di tengah - tengah bahagian roti yang dibalut tadi.

  8. 8

    Siap untuk dihidang wanpaku nya.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Rosmanita Fsi
Rosmanita Fsi @cook_18435588
pada
Parit Buntar, Perak
Sangat berminat ke arah pemakanan sihat dan homemade.
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya