Udang Goreng Kucai

Ct Adza Usman
Ct Adza Usman @cookwithAdza
Miri Sarawak

#goldenapron

Baru mereka cipta resepi campak2 tengahari tadi. Alhamdulillah licin tak tinggal sikit pun kesan🤭.

Resepi sesuai untuk seisi keluarga terutama anak2 kecil kerana tidak pedas. Yang suka pedas boleh tambah cili2 yang kategori bazooka pedasnya ya😜.

Udang boleh digantikan dengan seafood yang lain contohnya sotong, lala ataupun ketam.

Udang Goreng Kucai

4 orang bercadang membuatnya

#goldenapron

Baru mereka cipta resepi campak2 tengahari tadi. Alhamdulillah licin tak tinggal sikit pun kesan🤭.

Resepi sesuai untuk seisi keluarga terutama anak2 kecil kerana tidak pedas. Yang suka pedas boleh tambah cili2 yang kategori bazooka pedasnya ya😜.

Udang boleh digantikan dengan seafood yang lain contohnya sotong, lala ataupun ketam.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

10-15 minit
1 hidangan
  1. 1/2 kgudang
  2. 2 batangKucai besar (leeks)
  3. 1/2 batanglobak merah
  4. 3 ulasbesar bawang putih (cincang)
  5. 1inci halia dihiris besar
  6. 2 sudu makansos tiram
  7. 1/2 sudu tehseasoning
  8. 1 cawanair
  9. 4 sudu makanminyak masak
  10. 1 sudu makanpenuh tepung jagung (dibancuh dengan air)
  11. Secubit garam

Cara Memasak

10-15 minit
  1. 1

    Sediakan bahan-bahan yang diperlukan.

  2. 2

    Kupas kulit udang, tinggalkan sedikit kulit di bahagian hujung sehingga ke ekornya. Belah bahagian belakang udang dan buang kotoran yang berbentuk seperti benang. Basuh semua udang dan toskan.

  3. 3

    Hiris menyerong bahagian bawah batang kucai (warna putih). Bahagian hijaunya dibelah panjang supaya kotoran dalam daunnya mudah dibersihkan dengan sempurna. Potong pendek 2 inci atau ikut suka anda. Lobak di potong seperti di dalam gambar. Cincang bawang putih dan hiris halia ikut suka.

  4. 4

    Panaskan kuali dan tuangkan minyak masak. Tumis bawang putih sehingga wangi dan keemasan. Masukkan udang, kacau sehingga melengkung dan bertukar kepada kemerahan.

  5. 5

    Keluarkan udang bersama bawang putih. Letak dalam satu bekas atau mangkuk yang bersih. Tinggalkan lebihan minyak di dalam kuali.

  6. 6

    Dengan minyak yang sama tumis halia sehingga naik baunya. Masukkan lobak merah, kacau sebentar sambil ditambahkan ½ cawan air. Biar seketika sehingga lobak agak empuk tetapi pastikan tidak terlalu lembik. Gaul sos tiram bersama seasoning dalam satu bekas.

  7. 7

    Tambahkan sos tiram yang telah digaul bersama seasoning. Masukkan batang kucai kacau seketika. Biarkan lebih kurang 30 saat. Tambahkan air yang selebihnya kemudian masukkan daun hijaunya. Kacak lagi buat seketika.

  8. 8

    Masukkan semula udang dan bawang putih tadi. Gaul rata. Jika masakan terlalu kering boleh tambahkan ½ cawan air lagi. Akhir sekali curahkan bancuhan tepung jagung. Kacau sebentar dan sehingga kuahnya memekat. Tutup api. Siap!

  9. 9

    Selamat memasak ! 👩🏻‍🍳

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Ct Adza Usman
Ct Adza Usman @cookwithAdza
pada
Miri Sarawak
Suka masak menu yang ringkas, sedap & berkhasiat.👩🏻‍🍳
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya