Cucur Nasi dan lebihan lauk (Leftover food fritters)

IntanNS
IntanNS @cook_17627977
Taiping, Perak

Dulu zaman bujang, bila makan tak habis, ibu mesti buang.
Sebab kan orang tua kata, makanan sejuk ni angin.

Sampai satu hari ibu diuji anak dengan masalah pada 'leaky gut', ibu belajar

Nasi sejuk itu ada kanji dinamakan resistant starch. Sangat-sangat kaya probiotik.

Orang dulu kan buat nasi goreng dari lebihan nasi. Buat tapai nasi.

Jadi sekarang, hatta lebihan nasi tu dapat 1/2 mangkuk saja, pun ibu olah balik jadi masakan lain.

Paling simple nak buat, cucur.

Bila balik kampung dan jumpa saudara mara, ibu mesti ajarkan tips simple ni pada semua. Jangan buang nasi sejuk. Dan kalau jemu asyik-asyik nasi goreng, jadikan cucur nasi.

#leftover
#goldenapron
#minggu22
#glutenfree
#gengmakmasaksihat

Baca lagi
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ramuan

  1. 1mangkuk nasi sejuk (nasi semalaman pun boleh)
  2. 1mangkuk lebihan lauk (campurkan saja mengikut kesesuaian)
  3. 2 ulasbawang merah
  4. 1 cawantepung beras
  5. 1/2 cawantepung ubi kayu
  6. 1 sudu tehsoda bikarbonat
  7. 1 sudu tehbaking soda
  8. 1/2 cawanair suam
  9. 2sudu minyak masak (sebagai 'binder')

Cara Memasak

  1. 1

    Jika ada lebihan lauk semalam, jangan dibuang tau. Adun sahaja jadilan cucur. Lauk gireng sangat sesuai dengan tumisan sayur. Jika sup, tapis kuah dan ambil isi sahaja.

  2. 2

    Ikan goreng, kita ambil isi sahaja. Sayur berserat, tumbuk dulu sampai lembut dan pastikan tiada bahagian tajam/keras ya. Kisar bersama 1/2 cawan air suam dan 2 sudu minyak masak. Kisar hingga separa halus. **jangan terlebih air sebab nanti cucur lembut dan berderai

  3. 3

    Tekstur nasi lebihan lauk yang dikisar. Adunan ni dapat dibentuk bebola.

  4. 4

    Basahkan tapak tangan. Golekkan adunan dan bentukkan bebola. Goreng hingga bertukar warna keperangan.

  5. 5

    Sangat sedap dan lembut. Sila cuba ya.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Komen

Ditulis oleh

IntanNS
IntanNS @cook_17627977
pada
Taiping, Perak
Sukakan homemade dan masakan sihatJemput follow saya diTelegram, Instagram dan Facebook pageGeng Mak Masak Sihat
Baca lagi

Resipi Sepertinya

Lebih Banyak Resipi Pilihan